Liputan Media
曹觀友欣見激發新想法 檳青年女性議會成楷模
檳州首席部長曹觀友坦言本身在18歲或19歲時並不太善言辭,因此欣見檳州自10年前起,先後推出青年議會和女性議會,讓青年和女性提供意見並激發新想法,如今其他州屬亦有意效法此舉。
Sidang Muda lahir bakat muda bahas secara berfakta
Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow percaya bahawa persidangan Sidang Muda yang diadakan saban tahun membawa manfaat kepada golongan belia untuk menjalani pelbagai latihan dan menunjukkan bakat mengenai politik serta isu-isu semasa.
Tahniah kepada semua barisan belia yang berani menyahut cabaran untuk keluar dari zon selesa masing-masing bagi menerokai peluang serta cabaran baharu dengan menjadi sebahagian daripada Sidang Muda.
Sebagaimana persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sebenar, pentas Sidang Muda menyediakan platform khas dalam mencungkil kemahiran berhujah, kupasan isu-isu semasa, memperjuangkan keperluan rakyat khasnya dan juga percambahan kreativiti terutamanya dalam mengetengahkan pembangunan sosial ekonomi kepada generasi pelapis negeri serta negara.
Diberikan peranan sebagai YAB Tuan Ketua Menteri, barisan Exco, ‘backbenchers’ atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang, persidangan yang berlangsung di bangunan DUN merupakan kemuncak dalam siri penganjuran Sidang Muda. Justeru, gunakanlah peluang dan ruang yang disediakan ini untuk menonjolkan bakat cemerlang masing-masing yang mana ia secara tidak langsung dapat memberi pendedahan kepada anda semua mengenai proses merangka dasar serta membuat keputusan oleh sesebuah kerajaan.
Umumnya, pentas Sidang Muda merupakan suatu fenomena baharu yang membuktikan bahawa golongan belia sudah bersedia untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan menjadi pemimpin masyarakat. Suara serta pendapat anda adalah penting dalam memeta hala tuju negeri serta negara. Oleh itu, persepsi atau stereotaip bahawa golongan belia tidak berminat dengan politik sudah tidak relevan lagi pada masa kini.
Bagi pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang, kami sedar akan kepentingan peranan anak muda dalam menggerakkan aspirasi belia. Selaras dengan gagasan Visi Penang2030 – Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara, kami merangka dan melipatgandakan penganjuran pelbagai program dan inisiatif bagi tujuan menggalakkan penyertaan lebih ramai belia melalui sinergi pelbagai pihak berkepentingan untuk memperkasakan belia kita ke arah pembangunan yang hoslitik.
Sebagai penutup kata, syabas sekali lagi diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Sidang Muda 2022 dan 2023. Adalah diharapkan agar usaha berterusan ini dapat menemui titik kesepakatan antara semua pihak yang terlibat demi membawa arus kemodenan dikecapi kini ke satu tahap yang lebih unggul.
Sekian, terima kasih.
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) atas penganjuran program Sidang Muda.
Generasi muda merupakan pelapis yang akan melanjutkan dan memimpin negara ke hadapan. Tidak boleh dinafikan bahawa situasi dan perkembangan politik di Malaysia kini semakin kompleks dan mencabar. Sudah tiba masanya bagi arena politik Malaysia untuk memberikan fokus yang lebih kepada golongan belia. Penglibatan generasi muda dalam arena politik memainkan peranan yang sangat signifikan di mana golongan ini akan mengambil alih peranan kepemimpinan politik dan pembangunan negara pada masa yang akan datang.
Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang sebagai satu badan perundangan amat mengalu-alukan program sebegini untuk mendedahkan golongan belia terhadap fungsi persidangan yang beraksi untuk pengubalan polisi serta pembahasan tentang isu rakyat.
Oleh yang demikian, sekali lagi saya ingin mengucapkan syabas kepada PYDC atas penganjuran Sidang Muda yang bermatlamat untuk melahirkan pemimpin belia yang berkaliber dalam arena politik.
Penurunan kelayakan umur mengundi dan calon pilihan raya ke umur 18 tahun adalah satu langkah yang sangat penting untuk pembangunan negara. Saya yakin anjuran program sebegini mampu melahirkan sudut baharu dan pandangan alternatif mengenai lanskap politik pada masa depan.
Justeru saya menyambut baik usaha PYDC dalam usaha penganjuran program Sidang Muda. Saya berharap agar suara dan kehendak ahli Sidang Muda serta golongan belia terus didengar dan hujahan mereka dapat diberikan ruang untuk dipaparkan dan direalisasikan.
Akhir sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam penganjuran program Sidang Muda ini.
Sekian, terima kasih.
Pembangunan negara memerlukan penglibatan anak muda dalam bidang politik untuk menyuarakan pendapat dan pandangan bagi menjamin kestabilan negara dengan mengasah bakat mereka untuk menjadi pemimpin masyarakat. Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama PYDC yang memainkan peranan penting bagi memupuk kematangan politik dalam kalangan belia.
Sidang Muda merupakan satu saluran terbaik bagi golongan belia untuk berkongsi suara mereka dengan pemimpin negeri ke arah pembangunan Pulau Pinang yang lebih efektif.
Hal ini demikian kerana perbincangan dan perbahasan sepanjang persidangan bukan sahaja tamat di dewan pada hari ini, malah isu dan cadangan yang dikemukakan sepanjang Persidangan Sidang Muda akan dikumpul dan disampaikan kepada pihak berkenaan sebagai rujukan. Ini merupakan langkah efektif sebagai saluran antara belia dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menyampaikan suara belia serta menyumbang dalam pembangunan negeri kita.
Saya berharap program seperti ini dapat meningkatkan kesedaran para belia tentang kepentingan politik bagi pembangunan negara kita. Kerajaan Negeri melalui PYDC sentiasa komited melahirkan barisan pelapis kepimpinan muda yang berkaliber dan berwibawa. Penyertaan belia dalam proses pembuatan keputusan bagi pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang amatlah didukung dan disokong untuk sama-sama memajukan negeri serta negara tercinta.
Belia-belia ini telah memainkan peranan sebagai pemimpin di komuniti masing-masing, dan bukan lagi seperti yang sering disebut “Belia merupakan pemimpin masa depan”, malah mereka adalah pemimpin pada masa kini.
Keberhasilan program ini pasti menjadi inspirasi kepada belia lain untuk turut serta dalam program-program yang bermanfaat dan berimpak tinggi seperti ini. Dengan semangat kerjasama dan iltizam yang telah ditunjukkan oleh semua pihak termasuk fasilitator dan mentor Sidang Muda, saya yakin platform ini akan terus berkembang dan memberi lebih banyak manfaat. Diharapkan usaha berterusan ini dapat menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan pembangunan negeri.
Sekian, terima kasih.
Untuk Belia Kita!
Aktiviti Akan Datang