Mohammad Amirul Irfan
N36 Pantai Jerejak
Beliau merupakan anak jati negeri Pulau Pinang, sekarang dalam proses menyiapkan Ijazah dalam bidang Keusahawanan dan Inovasi di di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Eksekutif di UKM.
Selain aktif di fakulti dan kelab, beliau juga terlibat secara aktif bersama NGO di peringkat negeri dan UKM, beliau terlibat bersama 1,200 pelajar UKM yang lain semasa Misi Sukarelawan banjir di Hulu Langat, Selangor selama 2 minggu.
Walaupun beliau kini berada pada tahun akhir pengajian, beliau sentiasa melibatkan diri dalam mana-mana program yang dianjurkan pihak universiti kerana baginya sejarah besar penubuhan UKM adalah untuk kepentingan Rakyat, daripada "rakyat kembali kepada rakyat".