Warning: Undefined array key "image_data" in /home/pydcbigd/public_html/sidangmuda.org.my/wp-content/plugins/fusion-builder/shortcodes/fusion-slider.php on line 351
Warning: Trying to access array offset on value of type null in /home/pydcbigd/public_html/sidangmuda.org.my/wp-content/plugins/fusion-builder/shortcodes/fusion-slider.php on line 351
Warning: Undefined array key "image_data" in /home/pydcbigd/public_html/sidangmuda.org.my/wp-content/plugins/fusion-builder/shortcodes/fusion-slider.php on line 352
Warning: Trying to access array offset on value of type null in /home/pydcbigd/public_html/sidangmuda.org.my/wp-content/plugins/fusion-builder/shortcodes/fusion-slider.php on line 352
Warning: Undefined array key "image_data" in /home/pydcbigd/public_html/sidangmuda.org.my/wp-content/plugins/fusion-builder/shortcodes/fusion-slider.php on line 353
Warning: Trying to access array offset on value of type null in /home/pydcbigd/public_html/sidangmuda.org.my/wp-content/plugins/fusion-builder/shortcodes/fusion-slider.php on line 353
Warning: Undefined array key "image_data" in /home/pydcbigd/public_html/sidangmuda.org.my/wp-content/plugins/fusion-builder/shortcodes/fusion-slider.php on line 354
Warning: Trying to access array offset on value of type null in /home/pydcbigd/public_html/sidangmuda.org.my/wp-content/plugins/fusion-builder/shortcodes/fusion-slider.php on line 354
Pengenalan Sidang Muda Pulau Pinang
Sidang Muda merupakan program tahunan anjuran Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) sejak tahun 2015. Program ini merupakan satu siri latihan dan bengkel latihan pendemokrasian yang bertujuan untuk menekankan nilai kesedaran sivik, demokrasi dan kewarganegaraan dalam kalangan belia.
Matlamat besar Sidang Muda adalah untuk melahirkan generasi muda yang celik politik dan sedar akan peranan serta tanggungjawab mereka dalam demokrasi. Sebagai sebuah entiti yang bebas dari parti politik, Sidang Muda berhasrat untuk membentuk golongan muda Malaysia yang lebih aktif dalam politik dan hal ehwal pemerintahan negara.
Pelaksanaan program pendidikan pendemokrasian dan pemerkasaan belia yang dilakukan oleh Sidang Muda juga bersesuaian dengan matlamat Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam Visi Penang2030 iaitu untuk Memperkasakan Rakyat Bagi Meningkatkan Penyertaan Masyarakat dalam tema ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang secara khusus ingin menggalakkan lagi penyertaan belia dalam kehidupan masyarakat. Antara aspek penting yang ditekankan proses penggalakan ini adalah dengan memperkasakan organisasi-organisasi kemasyarakatan terutamanya dalam kalangan belia dan pelajar.






Komponen Sidang Muda
Bengkel Demokrat Muda
Bengkel Demokrat Muda merupakan satu bengkel interaktif yang bertujuan untuk melengkapkan para belia dengan konsep dan idea teras politik dan demokrasi. Bengkel yang dijalankan sepanjang 3 hari ini memberi pendedahan mengenai nilai sivik yang meliputi kewarganegaraan (citizenship), kesukarelawanan (volunteerism), dan pemerkasaan komuniti (community empowerment). Ia juga memberi kefahaman mengenai proses pembuatan keputusan di Malaysia dengan penekanan kepada konsep demokrasi perwakilan, kebertanggungjawaban dan ketelusan.
Bengkel Demokrat Muda telah dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang menyeluruh dan merangkumi sesi pembelajaran konsep dan teori asas demokrasi dan politik, sesi interaksi bersama pemimpin, serta satu simulasi sidang yang memberi peluang kepada para peserta beraksi sebagai pemimpin masyarakat untuk membahaskan usul.
Bengkel Persediaan Persidangan Sidang Muda
Bengkel Persediaan Sidang Muda telah dianjurkan bertujuan untuk melengkapkan para Ahli Sidang Muda dengan pengetahuan perjalanan serta protokol persidangan untuk sedia beraksi di Persidangan Sidang Muda.
Ahli Sidang Muda akan dipilih melalui penilaian berdasarkan aspekpemahaman, pembentangan, kandungan, dinamik kumpulan serta penglibatan sepanjang bengkel.
Persidangan Sidang Muda
Pentas bagi Ahli Sidang Muda untuk beraksi. 40 Ahli Sidang Muda akan membahas dan berkongsi idea di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yag mencerminkan proses perjalanan Persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang sebenar yang merangkumi Sesi Soalan Lisan, Sesi Perbahasan, Sesi Penggulungan dan Sesi Perbahasan Usul.
Platform ini memberi pendedahkan atas proses pembuatan dasar awam dan keputusan di peringkat negeri kepada Ahli Sidang Muda.
Projek Penempatan Ahli Sidang Muda
Bukan setakat berucap di Persidangan Sidang Muda. Tujuan Projek Penempatan ini adalah untuk meneruskan usaha program Sidang Muda untuk memberi pendedahan kepada golongan belia mengenai proses demokrasi yang lagi lanjut dan langsung serta meningkat penyertaan sosial belia di masyarakat.
Ahli Sidang Muda akan diagihkan ke pusat khidmat wakil rakyat untuk mengalami operasi harian serta tugasan pusat khidmat.