Bengkel Sidang Muda 2015 1.0

10 – 11 Oktober 2015

Bengkel Sidang Muda 2015 2.0

31 Oktober – 1 November 2015

Persidangan Sidang Muda 2015

28 – 29 November 2015

Mulai tahun 2010, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) Cawangan Pulau Pinang akan mengadakan program khas untuk golongan belia pada setiap tahun yang dinamakan sebagai ‘Parlimen Muda’. Pada tahun 2015, program ini telah dijenama semula sebagai ‘Sidang Muda’. Program ini turut merupakan salah satu aktiviti yang dianjur sempena Festival Demokrasi Tempatan (Local Democracy Festival) 2015.

Program ini sebenarnya mengambil iktibar dari program United Kingdom Youth Parliament (UKYP) yang bertujuan membawa suara anak muda ke dalam Parlimen Negara dalam isu polisi dan dasar negara. Melalui inisiatif melibatkan golongan muda dalam kuasa legislatif secara berterusan, kami berharap usaha ini akan menjadi program tahunan di Pulau Pinang supaya suara anak muda dapat didengar. Isu-isu yang berkaitan dengan hak asasi manusia seperti pendidikan, perumahan, pengangkutan awam dan kebajikan sosial akan ditumpu perhatian dalam sidang muda yang diadakan.

Secara amnya, tujuan program ini adalah untuk menggalakkan dan meningkatkan penyertaan anak muda dalam urus tadbir awam di Pulau Pinang dari segi kepimpinan dan perkongsian minda. Kami juga ingin mendedahkan fungsi dan organisasi kerajaan negeri dan kerajaan tempatan kepada belia serta meningkatkan kesedaran politik dan penglibatan belia dalam masyarakat. Melalui penerokaan keupayaan belia dalam hal ehwal pentadbiran awam, kami percaya bahawa pembangunan dan penentuan dasar kerajaan negeri dapat dipertingkatkan lagi

Bengkel Sidang Muda

Tarikh:
Sesi 1.0 | 10 – 11 Oktober 2015
Sesi 2.0 | 31 Oktober – 1 November 2015

2 sesi Bengkel Sidang Muda telah dirancang dan dilaksanakan untuk mengasah bakat kepimpinan dan mengenali konsep politik dan demokrasi!

Bengkel ini khas dianjurkan untuk golongan belia untuk melibatkan serta meningkatkan penyertaan mereka dalam perancangan, penyelidikan, penggubalan dasar dan perundangan negeri.

Penglibatan golongan belia dalam program ini adalah amat penting kerana mereka bukan sahaja dapat mengenali cara beroperasi dan fungsi Dewan Undangan Negeri (DUN), tetapi suara dan pandangan anak muda turut dapat dikumpul dan disampaikan kepada kerajaan negeri.

Lawatan ke Agensi Kerajaan

Pengenalan Inisiatif Agensi

Kunjungan ke DUN Pulau Pinang

Satu lawatan ke George Town World Heritage Incorporated (GTWHI) yang merupakan satu agensi yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menerajui usaha bagi memelihara Nilai Keunggulan Sejagat Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town.

Satu perkongsian mengenai konsep jurang gender dan Gender Responsive and Participatory Budgeting (GRPB) telah diperkenalkan oleh Sdr Hafizan Mazuki selaku Senior Project Officer dari Penang Women’s Development Corporation (PWDC).

Secara ringkasnya, GRBP merupakan aktiviti ‘menyeluruh kerajaan’ yang menghubungkan bersama masyarakat, agensi dan semua peringkat kerajaan serta untuk mengenal pasti perbezaan ketara keperluan setiap kelompok yang berbeza.

Para peserta turut diberi peluang untuk mengunjung ke Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang serta berinteraksi bersama Yang di-Pertua Dewan YB Dato’ Law Choo Kiang.

Beliau turut sempat berdialog dan berkongsi tentang topik “Antara Teori dan Praktikal”.

Persidangan Sidang Muda 2015

Tarikh: 28 – 29 November 2015

Persidangan Sidang Muda yang pertama selepas dinamakan semula. Turut dengan hormatnya Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang YB Dato’ Law Choo Kiang beraksi sebagai Speaker Dewan untuk persidangan tersebut.

Ahli-ahli Sidang Muda tersebut adalah dipilih melalui prestasi dan penilaian Bengkel Sidang Muda yang telah berlangsung sebelum ini.