Bengkel Demokrat Muda 2016 1.0

26 – 28 Ogos 2016

Bengkel Demokrat Muda 2016 2.0

2 – 4 September 2016

Bengkel Demokrat Muda 2016 3.0

14 – 16 Oktober 2016

Persidangan Sidang Muda 2016

04 – 06 November 2016

Bengkel Demokrat Muda 2016

Bengkel Demokrat Muda 1.0

Tarikh : 26 – 28 Ogos 2016

Penyertaan : 19 orang belia

Bengkel ini telah dijalankan di Red Rock Hotel, Pulau Pinang.

Bengkel Demokrat Muda telah dijalankan secara interaktif, penjelasan teori demokrasi dan konsep politik dibuat visual bagi memudahkan kefahaman dan membantu peserta menghubungkan konsep yang abstrak dengan sesuatu yang lebih nyata dan dekat dengan kehidupan harian mereka. Modul yang disediakan juga mampu mengenal pasti individu yang mempunyai bakat kepimpinan.

YB Steven Sim selaku Ahli Parlimen Bukit Mertajam telah hadir sebagai tetamu khas untuk sesi interaksi bersama pemimpin.

Bengkel Demokrat Muda 2.0

 Tarikh : 02 – 04 September 2016

Penyertaan : 17 orang belia

Bengkel ini telah diadakan sepanjang 3 hari dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan interaktif di Red Rock Hotel, Pulau Pinang.

Para peserta Bengkel Demokrat Muda telah diberi slot untuk berinteraksi dengan pemimpin dan aktivis. Pemimpin untuk sesi kali ini adalah YB Afif Bahardin (EXCO Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan).

Bengkel Demokrat Muda 3.0

Tarikh : 14 – 16 Oktober 2016

Penyertaan : 19 orang belia

Bengkel ini telah berlangsung sepanjang 3 hari di Red Rock Hotel, Pulau Pinang.

Saudara Adam Adli, selaku wakil dari Penggerak Komuniti Muda (PEKA) Pulau Pinang juga merupakan seorang pemimpin muda telah menghadiri ke untuk berintereaksi bersama peserta Bengkel Demokrat Muda untuk berkongsi tentang isu-isu belia serta pengalaman beliau sebagai seorang aktivis mahasiwa.

 Persidangan Sidang Muda 2016

Tarikh: 04 – 06 November 20176

Persidangan Sidang Muda 2016 telah dijalankan dengan jayanya pada 4 – 6hb November 2016 bertempat di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama penuh Pejabat Speaker DUN Pulau Pinang. Seramai 20 orang peserta (8 orang perempuan dan 12 orang lelaki) telah mengambil bahagian dalam program yang berlangsung selama 2 hari dan dua malam ini.

Sesi Santai Ahli Sidang Muda bersama YB Chong Eng

Satu sesi interaksi telah diadakan bersama YB Chong Eng, EXCO Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti sebelum persidangan berlangsung. YB Chong Eng telah berkongsi pengalamanan beliau sebagai EXCO dan ADUN di dewan persidangan bersama peserta.

Sebanyak 21 usul telah dihantar dan 8 daripadanya telah diperhalusi dan dipersetujui oleh Pejabat Speaker DUN Pulau Pinang untuk dibahaskan.
Perincian usul adalah seperti berikut:

  • Usul Mencadangkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang Menginstitusikan Demokrat Muda Sebagai Platform Suara Belia.
  • Usul Mendesak Kerajaan Persekutuan Untuk Mengehadkan Kemasukan Buruh Asing Untuk Kerja-Kerja 3d (Dirty, Dangerous And Demanding) Sahaja Dalam Dewan Undangan Negeri Pulau-Pinang.
  • Usul Kerjasama Kerajaan Negeri Dan Persekutuan Dalam Menangani Masalah Pengairan Dan Saliran Ketika Banjir Khususnya Di Kawasan Bandar
  • Usul Melaksanakan Program Pemeteran Sampah
  • Usul Menggesa Kerajaan Negeri Pulau Pinang Mematuhi Dasar 1 Peratus Penyertaan Orang Kurang Upaya Dalam Sektor Awam
  • Usul Mencadangkan Kerajaan Negeri Untuk Meminda Satu Mekanisme Penyelesaian Dan Mewujudkan Satu Institusi Atau Pusat Perlindungan Harian Terhadap Golongan Gelandangan (Homeless).
  • Usul Mencadangkan Kerajaan Negeri Supaya Memperbaiki Pengurusan Di Peringkat JKKK Bagi Menguruskan Bantuan Agenda Ekonomi Saksama (AES) Kepada Golongan Miskin Di Pulau Pinang
  • Usul Implementasi Lampu Isyarat Teknologi Terkini
  • Usul Memperkenalkan Modul Perkongsian Maklumat Dan Polisi Kerajaan Tempatan Kepada Belia “Know Penang Better”
  • Usul Penambahbaikan Bantuan Kemasukan Ke Institut Pengajian Tinggi, Bantuan Kewangan Berbentuk Berkala Kepala Pelajar Di Institut Pengajian Tinggi
  • Usul Pembinaan Jabatan Dan Portal Web Permohonan Pekerjaan Di Dalam Negeri Pulau Pinang Bagi Membantu Rakyat Negeri Mendapat Pekerjaan Di Dalam Negeri
  • Usul Mencadangkan Kerajaan Negeri Untuk Melaksanakan Pusat/Platform Carian Kerja (PCK) Khusus Di Pulau Pinang
  • Cadangan Membaik pulih Sistem Birokrasi Mengikut Peredaran Semasa, Khususnya Di Pulau Pinang Dengan Memberi Keutamaan Kepada Golongan Bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK)
  • Usul Mencadangkan Kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang Dalam Memartabatkan Warisan, Budaya Dan Kesenian Pulau Pinang Bagi Mengekalkan Pulau Pinang Sebagai Tapak Warisan Dunia Dari Sektor Pelancongan
  • Usul Mengehadkan Bilangan Perniagaan Hotel
  • Usul Mencadangkan Pemerkasaan Pembangunan Sukan Di Negeri Pulau Pinang
  • Usul Mencadangkan Kerajaan Negeri Untuk Melaksanakan Pusat Penjagaan Anak-Anak Warga Marhaen (Penawar) Di Pulau Pinang
  • Usul Memperkasakan Polisi Kesihatan Mental Di Negeri Pulau Pinang
  • Usul Mencadangkan Kerajaan Negeri Menaikkan Taraf Penjaja Di Kompleks Makanan Dan Penjaja Di Tepi Jalan Yang Telah Dizonkan
  • Usul Mencadangkan Kerajaan Negeri Supaya Mengehadkan Aktiviti Pengondolan Bukit Dan Tanah Tinggi, Khususnya Kawasan Di Balik Pulau Bagi Memastikan Kelestarian Alam Serta Mengekalkan Khazanah Alam Sekitar
  • Usul Memperluaskan Kemudahan Defibrillator Dan Alat Pertolongan Cemas Di Tempat-Tempat Awam