Bengkel Persediaan Persidangan Sidang Muda 2022

21 & 22 Mei 2022

Kunjungan Ke Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang

1 Jun 2022

Persidangan Sidang Muda 2022

4 Jun 2022

Taklimat Projek Penempatan Ahli Sidang Muda 2022

26 Julai 2022

Projek Penempatan Ahli Sidang Muda 2022

1 Ogos 2022 – 31 Oktober 2022

Bengkel Persediaan Persidangan Sidang Muda 2022

 

Tarikh: 21 & 22 Mei 2022

Ahli Sidang Muda 2022 telah bersedia untuk bersidang!

Pemilihan Ahli Sidang Muda 2022 adalah melalui penilaian peserta daripada bengkel Calon18: Penang Edition yang telah dianjurkan pada akhir tahun 2021 dengan kerjasama Undi18.

Sebelum memasuki Persidangan Sidang Muda, satu Bengkel Persediaan Sidang Muda telah dianjurkan sepanjang 2 hari secara hibrid ini telah memanaskan badan dan minda para Ahli Sidang Muda!

Bengkel ini bertujuan untuk melengkapkan para Ahli Sidang Muda untuk sedia beraksi di persidangan nanti.

 

Taklimat Perjalanan & Protokol Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang

Untuk melengkapkan para Ahli Sidang Muda dengan pengetahuan tentang proses serta perjalanan DUN dengan lebih lanjut, YB. Dato’ Dr. Amar Pritpal Bin Abdullah (Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang) telah dijemput untuk memberi satu pengenalan mengenai topik tersebut.

Beliau telah berkongsi tentang pengalaman beliau sebagai Timbalan Yang di-Pertua DUN dari aspek proses penyediaan soalan DUN, proses persidangan DUN, peraturan-peraturan majlis mesyuarat dan sebagainya.

Sesi Perkongsian Bersama ADUN & Ahli Parlimen (YB. Lim Siew Khim & YB. Wong Hon Wai)

YB. Lim Siew Khim (ADUN Sungai Pinang) dan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera, mantan EXCO Perancang Bandar & Desa, Perumahan dan Kesenian) juga dijemput untuk berkongsi tentang peranan dan tanggungjawab mereka di DUN, dari aspek Backbancher dan juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO).

“Semua perjalanan terdapat permulaannya.” – YB. Lim Siew Khim

Pesanan YB. Lim Siew Khim kepada Ahli Sidang Muda bahawa semua orang mampu menjadi wakil rakyat asalnya mempunyai hati yang ikhlas untuk berkhidmat.

Beliau turut berkongsi pengalamanan jelajah politik beliau yang mulai sebagai seorang penolong YB, kerani di ibu pejabat parti sehingga dilantik sebagai Ahli Majlis dan ADUN.

“Kemahiran dalam menanya soalan dan menjawab soalan adalah sama penting.” – YB. Wong Hon Wai

Pesanan YB Wong kepada Ahli Sidang Muda bahawa mahupun sebagai seorang EXCO yang bertanggungjawab untuk menjawab persoalan ataupun ahli backbencher dan pembangkang yang berperanan untuk mengemukakan petanyaan, kedua-dua pihak ini adalah pemain utama dalam pelaksanaan dasar negara dan negeri.

Beliau turut berkongsi beberapa scenario dimana menunjukkan cara menanya dan menjawab yang berlaku di Parlimen Malaysia dan juga Prime Minister’s Question di House of Commons United Kingdom.

Simulasi Persidangan Sidang Muda

Hari kedua Bengkel Persediaan dilangsungkan secara fizikal di Kolej DISTED. Satu simulasi persidangan telah diadakan untuk semua Ahli Sidang Muda untuk memahami dan membiasakan dengan proses dan tatacara Persidangan Sidang Muda. YB. Kumaresan a/l Aramugam (ADUN Batu Uban) telah menghadir dan beraksi sebagai Speaker untuk simulasi tersebut. Beliau telah mengpengerusikan simulasi serta berkongsi tentang “do’s and don’t’s” semasa persidangan.

Kunjungan Ke Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang

Tarikh: 01 Jun 2022

Kunjungan ke Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang oleh 8 Ahli Sidang Muda 2022 sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang sedang berlangsung. Kunjungan ini mendedahkan proses dan situasi sebenar persidangan dijalankan.

Ahli Sidang Muda turut berpeluang untuk berinteraksi dengan YB yang berada di sana dan turut berjumpa dengan YAB Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang.

Persidangan Sidang Muda 2022

Tarikh: 04 Jun 2022

Persidangan Sidang Muda 2022 akan berlangsung sebanyak dua penggal dengan Ahli Sidang Muda yang berlainan.

Persidangan Sidang Muda 2022 turut mencerminkan perjalanan persidangan serupa dengan persidangan DUN yang sebenar supaya para Ahli Sidang Muda mampu mengalami proses pembuat keputusan di peringkat Negeri dengan lebih tepat dan realistik.

Persidangan Sidang Muda tahun ini telah dibahagikan kepada 3 sesi, iaitu Sesi Perbahasan, Sesi Penggulungan dan Sesi Perbahasan Usul. dan YB. Dato’ Law Choo Kiang dan YB. Dato’ Dr. Amar Pritpal pula mengpengerusikan persidangan tersebut.

YAB. Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang turut menghadir untuk majlis penutupan persidangan dengan kehadiran seramai 35 Ahli Sidang Muda.

Sesi Perbahasan

Persidangan telah dibukai tirai dengan Sesi Perbahasan.

Setiap ahli backbencher dan pembangkang telah diberi keutamaan untuk bermula dengan bangkitkan persoalan dan isu yang diperhatikan.

Setiap isu dan persoalan yang telah dibangkit akan dijawab oleh barisan EXCO Sidang Muda di sesi seterusnya,

Sesi Penggulungan

Selepas Sesi Perbahasan, barisan EXCO Sidang Muda perlulah memberi balasan kepada setiap yang telah dibangkit berdasarkan portfolio masing-masing. 

Untuk Sidang Muda pada tahun ini, barisan EXCO Sidang Muda diberi peluang untuk membincang isu-isu yang diterima bersama pejabat EXCO untuk mendapat fakta dan angka untuk menyokong kandungan untuk sesi penggulungan beliau.

Sesi Perbahasan Usul

Selesai sahaja Sesi Penggulungan, persidangan diteruskan dengan Sesi Perbahasan Usul. Sesi Perbahasan Usul adalah sesi untuk Ahli Sidang Muda mengemukakan cadangan kepada dewan untuk membahas dan mendapatkan sokongan majoriti.

Dua usul telah dibahaskan oleh pada Sesi Perbahasan Usul.

Usul tersebut berbunyi,

  1. Dewan Ini Mencadangkan Kerajaan Negeri Membentuk Dewan Muda Negeri Pulau Pinang
  2. Dewan Ini Mencadangkan Menyelaraskan Peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengikut Tahap Kemiskinan Dan Jumlah Populasi Di Kawasan DUN

Taklimat Projek Penempatan Ahli Sidang Muda 2022

Tarikh: 26 Julai 2022

Satu taklimat telah diadakan bersama Pusat Khidmat dan Ahli Sidang Muda untuk membuat pengenalan dan penerangan tentang inisiatif ini yang dilancarkan oleh PYDC untuk lagi meningkatkan penyertaan Ahli Sidang Muda dalam bidang tersebut. Mekanisme untuk projek telah ditambahbaikkan atas maklum balas dan susulan Projek Penempatan yang pertama diadakan.

Tujuan projek ini adalah untuk meneruskan usaha program Sidang Muda 2022 untuk memberi pendedahan kepada golongan belia mengenai proses demokrasi di Malaysia serta meningkat penyertaan sosial belia.

Projek Penempatan Ahli Sidang Muda 2022

Tarikh: 01 Ogos 2022 – 31 Oktober 2022

Projek Penempatan telah berlangsung sepanjang 3 bulan dari 1 Ogos 2022 sehingga 31 Oktober 2022. Seramai 12 Ahli Sidang Muda dan 10 Pusat Khidmat telah mengambil bahagian dalam projek tersebut.

Para Ahli Sidang Muda telah melibatkan diri melalui pelbagai kaedah bersama Pusat Khidmat untuk menyempurnakan Projek Penempatan Ahli Sidang Muda. Antara penglibatan merangkumi pengurusan aduan, aktiviti turun padang, penulisan kenyataan media dan ucapan, menghadiri ke mesyuarat, penganjuran program komuniti dan sebagainya