Skip to content
  • Tentang Kami
  • Sidang Muda
      • Sidang Muda 2015
      • Sidang Muda 2016
      • Sidang Muda 2017
      • Sidang Muda 2018
      • Sidang Muda 2019
      • Sidang Muda 2020
      • Sidang Muda 2021
      • Sidang Muda 2022
      • Sidang Muda 2023
  • Alumni
  • Arkib Teks
  • Penerbitan
  • Daftar Sekarang

Sidang Muda 2019 platform golongan belia bahas Bajet Pulau Pinang 2020 – Speaker

DEMOKRASI • AKTIVISME • GOVERNAN

GEORGE TOWN – Sidang Muda 2019 merupakan platform terbaik kepada golongan belia negeri membahaskan Bajet Pulau Pinang 2020 yang dijangka akan dibentangkan oleh Ketua Menteri pada 1 November ini.Sidang tersebut yang akan berlangsung dari 1 hingga 3 November depan adalah inisiatif Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) buat julung kalinya dalam menggalakkan partisipasi golongan muda berusia di antara 16 hingga 30 tahun dalam Belanjawan 2020 bagi negeri Pulau Pinang.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Dato’ Law Choo Kiang berkata, bajet 2020 tersebut menampilkan kelainan apabila buat julung kalinya suara golongan belia akan turut diambil kira.

“Lazimnya orang ramai lebih berminat mendengar bajet nasional, sebaliknya bagi saya bajet negeri juga sangat penting kepada rakyat kerana ianya lebih dekat dengan masyarakat.

“Jadi, kita mahu penyertaan anak muda dalam menambahbaik Bajet Pulau Pinang 2020 agar mereka boleh bagi buah fikiran mereka,” ujarnya kepada pemberita pada sidang media Sidang Muda 2019: Perbahasan Bajet Pulau Pinang 2020 di sini hari ini.

Hadir sama, Exco Belia dan Sukan, Soon Lip Chee dan ADUN Air Itam, Jospeh Ng Soon Siang merangkap Ahli Jawatankuasa bagi Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Belia dan Sukan.

Difahamkan, segala pendapat yang disuarakan sepanjang sidang tersebut berlangsung turut akan didokumentasikan dan dibawa ke peringkat negeri.

Dalam pada itu, Lip Chee dalam ucapannya memberitahu bahawa 10 pembahas terbaik bagi Sidang Muda 2019 akan dibawa ke Parlimen bagi mengikuti perbahasan Bajet Persekutuan 2020.

“Selain itu mereka juga wajib hadir pada pembentangan Bajet Pulau Pinang 2020 yang dijadualkan pada 1 November ini di Dewan Sri Pinang.

“Bagi Sidang Muda 2019 kita sudah menerima 22 penyertaan dan ia terhad kepada 40 orang peserta sahaja.

“Sekiranya melebihi 40 orang, PYDC akan menapis peserta yang akan dipilih, jadi saya jemput semua golongan belia tidak kira latar belakang kaum, agama dan mematuhi had umur ditetapkan untuk menyertai Sidang Muda 2019 kali ini,” jelasnya yang juga ADUN Bagan Jermal.

2019-10-17
Source : https://www.buletinmutiara.com/sidang-muda-2019-platform-golongan-belia-bahas-bajet-pulau-pinang-2020-speaker/

Tentang Kami

Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) telah ditubuhkan pada 14 March 2012. PYDC merupakan sebuah agensi di bawah Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang membantu merealisasikan visi secara kolektif untuk membangunkan negeri Pulau Pinang sebagai masyarakat maju dan progresif melalui pembangunan belia. Ia bertujuan untuk membangunkan golongan muda secara holistik, bekerjasama untuk memperkuatkan belia dari segi sosial dan perkembangan pendidikan, untuk membolehkan belia melaksanakan pengaruh mereka, temukan suara, kedudukan mereka dalam masyarakat dan mencapai potensi penuh dalam kehidupan

Hubungi Kami

  • 8-03-09, Sunny Point Complex, Kampung Batu Uban, 11700 Gelugor, Pulau Pinang.

  • +6012-401 0186

  • +6012-401 0186

  • info@pydc.com.my

Kerjasama

© 2024 PYDC Strategies Sdn Bhd (982344-W) — All Rights Reserved

  • Hubungi Kami
Page load link
Go to Top