Bengkel Demokrat Muda 2018
Bengkel Demokrat Muda 1.0
Tarikh : 30 Mac – 1 April 2018
Penyertaan : 21 orang belia
Bengkel dijalankan selama 3 hari di Safira Country Club, Seberang Jaya.
Sesi ‘Anak Muda Bersama Pemimpin’ telah diadakan untuk memberi peluang kepada peserta untuk berjumpa dengan pemimpin di Pulau Pinang, YB Kasturi Patoo (Ahli Parlimen Batu Kawan) telah hadir ke sesi ‘Anak Muda Bersama Pemimpin’ untuk kongsikan pengalaman dan pandangan untuk anak-anak muda.
Bengkel Demokrat Muda 2.0
Tarikh : 13 – 15 Julai 2018
Penyertaan : 17 orang belia
Bengkel dijalankan selama 3 hari di Safira Country Club, Seberang Jaya.
Satu sesi ‘Anak Muda Bersama Pemimpin’ telah diadakan untuk memberi peluang kepada peserta bengkel untuk berjumpa dengan pemimpin di Pulau Pinang, YB Lee Khai Loon (ADUN Machang Bubuk) telah hadir ke sesi tersebut untuk kongsikan ilmu dan pandangan antara pemimpin muda dan anak-anak muda.
Bengkel Demokrat Muda 3.0
Tarikh: 24 – 26 Ogos 2018
Penyertaan : 18 orang belia
Bengkel dijalankan selama 3 hari di Safira Country Club, Seberang Jaya.
Satu sesi ‘Anak Muda Bersama Pemimpin’ telah diadakan untuk memberi peluang kepada peserta bengkel untuk berjumpa dengan pemimpin di Pulau Pinang, YB Soon Lip Chee selaku EXCO Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang telah hadir ke sesi tersebut untuk kongsikan inspirasi beliau terhadap belia di Pulau Pinang serta perancanagan pembangunan untuk anak muda.
Bengkel Demokrat Muda 4.0
Tarikh : 28 – 30 Mei 2018
Penyertaan : 26 orang belia
Bengkel dijalankan selama 3 hari di Safira Country Club, Seberang Jaya.
YB Syerleena selaku ADUN Seri Delima telah dihadir sebagai tetamu khas untuk sesi ‘Anak Muda Bersama Pemimpin”. Beliau telah berkongsi tentang perjalanan sebagai seorang aktivis sosial kemudian kisah selepas diberi mandat sebagai wakil rakyat. Pelbagai topik telah dikongsikan sepanjang sesi tersebut.
Persidangan Sidang Muda 2018
Tarikh: 16 – 18 November 2018
Seramai 14 Ahli Sidang Muda telah dipilih daripada 4 sesi Bengkel Demokrat Muda yang telah diadakan sepanjang tahun 2018 yang melibatkan melebihi 80 belia. Persidangan Sidang Muda 2018 telah dijalankan sepanjang 3 hari yang merangkumi bengkel persediaan serta sesi perjumpaan dengan wakil rakyat.
YB Syerleena Abdul Rashid, ADUN Seri Delima telah dijemput sebagai salah seorang jemputan untuk sesi perkongsian mengenai perjalanan DUN selaku ADUN muda di Pulau Pinang. Selain itu, terdapat juga pengisian mengenai fungsi dan perjalanan DUN oleh Pejabat DUN dan juga taklimat mengenai Dasar Belia Pulau Pinang oleh Penang Institute.
Ahli Sidang Muda yang telah dipilih akan membentangkan usul-usul mereka dalam persidangan di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Sekretariat telah menerima 14 usul daripada Ahli Sidang Muda dan kesemuaan usul tersebut telah dibahas dan diterima.
Senarai Usul:
- Usul Pengiktirafan Dan Pemberian Insentif Keusahawanan Sosial Dalam Kalangan Belia Di Malaysia
- Usul Memperkenal Dan Memperkasa Sukan Rowing Di Pulau Pinang
- Usul Mendesak Kerajaan Persekutuan Untuk Mewajibkan Sektor Swasta Menyediakan Pusat Jagaan Kanak-Kanak
- Usul Memperkasakan Dan Meningkatkan Taraf Program Pembangunan Pendidikan Dan Kerjaya Bagi Golongan Belia
- Usul Memperkasa Program 1Malaysia For Youth (1M4U)
- Usul Menggesa Kementerian Pendidikan Menjalankan Pemantauan Lebih Ketat Bagi Memastikan Semua Kolej Vokasional Mempunyai Kualiti Yang Sama Di Seluruh Negeri
- Usul Untuk Kerajaan Persekutuan Mendefinisikan Marital Rape (Rogol Dalam Perkahwinan) Dan Menadikannya Sebagai Satu Jenayah Berbanding Dalam Seksyen 375 Kanun Keseksaan
- Usul Memohon Diadakan Pusat Kegiatan Belia Daerah Seberang Perai
- Usul Penambahbaikan Sistem Perparitan Di George Town
- Usul Memohon Kerajaan Persekutuan Untuk Melaksanakan Program Kasih Warga Emas
- Usul Menghentikan Pengambilan Pekerja Asing
- Usul Mengenai Harga Perumahan Yang Tinggi Di Negeri Pulau Pinang
- Usul Memperkasa Belia Dalam Industri Pelancongan Negeri Pulau Pinang
- Usul Menyokong Usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Meningkatkan Pembinaan Perumahan Kos Rendah Dan Mampu Milik Untuk Belia Pulau Pinang
Persidangan tersebut telah dipengerusikan oleh YB Dato’ Law Choo Kiang (Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang) dan YB Dr. Amar Pritpal Abdullah (Timbalan Speaker Dewan Undang Negeri Pulau Pinang).