Bengkel Demokrat Muda 1.0
Tarikh: 13 & 14 Ogos 2022
Bengkel Demokrat Muda untuk sesi Sidang Muda 2023 yang pertama telah berlangsung pada 13 & 14 Ogos 2022 bertempat di Kolej SENTRAL Pulau Pinang. Bengkel ini telah dijalankan selama dua hari secara bersemuka dan dihadiri oleh 23 orang belia.
Modul untuk bengkel tahun ini telah diperbaharui dengan kandungan baharu.
Demokrasi dan Politik
“Democracy is more than just voting.”
Bengkel telah dimulakan dengan membincangkan dan menerokai perkembangan demokrasi serta perbincangan politik melalui pelbagai senario yang disampaikan oleh Pensyarah Sains Politik USM, Dr. Azmil Tayeb.
Pembuatan Dasar Awam
Adakah pembuatan polisi ini melibatkan semua pihak?
Dr Razlini Mohd Ramli, Pensyarah Sains Politik telah memberi penjelasan tentang proses dan mekanisme pembentukan dasar secara teori dan realiti.
Sesi Perkongsian oleh Pejabat Pilihan Raya Pulau Pinang
Umur 18 sudah boleh undi. Dengan pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran secara automatik perlu seiring dengan pendidikan serta pendedahan kepada golongan belia atas usaha tersebut. Pejabat Pilihan Raya Pulau Pinang telah memberi satu taklimat tentang pengenalan mengenai sistem demokrasi dan pilihan raya di Malaysia, para peserta turut diberi peluang didedahkan proses pengundian dengan simulasi yang telah dijalankan.
Sesi Bersama Pemimpin oleh YB Sanisvara Nethaji Rayer
Apa Ahli Parlimen buat? Apa pula peranan Ahli Dewan Undangan Negeri?
Untuk sesi ini, YB Rayer (Ahli Parlimen Jelutong) telah dijemput untuk menghadiri Sesi Bersama Pemimpin. Beliau telah membincangkan dan berkongsi banyak isu yang berkaitan dengan persoalan yang ditujukan oleh peserta.
Penyertaan Awam
“Bagaimana Rakyat boleh melibatkan diri dalam politik?”
Sesi ini membincangkan pelbagai jenis demokrasi dan kaedah penyertaan rakyat dalam proses demokrasi dan politik.
Peserta turut berperanan sebagai kumpulan yang berbeza untuk mengkaji tahap dan kaedah penyertaan oleh pihak berkepentingan seperti kerajaan, media, rakyat dan lain-lain.
Topik ini telah dikendalikan oleh Dr Woo Kuan Heong, yang juga merupakan seorang Pensyarah Sains Politik di USM.
Sesi Perkongsian Media oleh Ang Tong Kai
Media dikenali sebagai tiang keempat (Fourth Pillar) demokrasi kerana ia memainkan peranan penting dalam menjaga memantau demokrasi. Sesi ini telah menjemput Encik Ang Tong Kai untuk berkongsi pengalaman beliau sebagai seorang petugas media dan juga situasi politik dari perspektif seorang petugas media.
Sesi Simulasi Sidang
Untuk mengaplikasikan input dari sesi sebelum ini, satu sesi Simulasi Sidang telah diadakan pada hari kedua. Ini memberikan peluang kepada peserta untuk menimba pengalaman dan didedahkan dengan proses membuat keputusan melalui mekanisme seperti Dewan Undangan Negeri.
Encik Lee Wei Seang (Ahli Majlis Majlis Bandaraya Pulau Pinang) telah hadir dan beraksi sebagai Speaker Simulasi tersebut Para peserta telah membahaskan tentang satu usul, iaitu “Usul in menyokong penyedian laluan khas bagi kenderaan awam (bas) di laluan-laluan utama di sekitar Pulau Pinang.”.
Bengkel Demokrat Muda 2.0
Tarikh: 10 & 11 September 2022
Bengkel Demokrat Muda kedua telah berlangsung pada 10 & 11 September 2022 bertempat di Kolej SENTRAL Pulau Pinang. Bengkel ini telah dijalankan selama dua hari secara bersemuka dan dihadiri oleh 27 orang belia.
Demokrasi dan Politik & Pembuatan Dasar Awam
“We the citizens must play our part by being active and vigilant at all times to ensure good governance.”
Dr. Francis Loh telah merumuskan sesi beliau dengan kenyataan tersebut. Beliau telah memberi gambaran atas perkembangan Pergerakan Belia / Youth Movements yang mencabar cara lama dan membawa pembaharuan dan kemajuan kepada masyarakat di sejarah dunia.
Sesi Bersama Pemimpin oleh YB Syerleena Abdul Rashid
“Utilise the power of social media to voice up and get heard!”
Pada sesi ini, YB Syerleena Abdul Rashid (ADUN Seri Delima) telah dijemput untuk berkongsi pengalaman beliau sebagai wakil rakyat dan juga seorang aktivis sosial. Beliau sangat menekankan kepentingan penyertaan rakyat dari pelbagai segi terutamanya dengan teknologi dan media massa.
Penyertaan Awam
Sesi ini membincangkan pelbagai jenis demokrasi dan kaedah penyertaan rakyat dalam proses demokrasi dan politik.
Peserta turut berperanan sebagai kumpulan yang berbeza untuk mengkaji tahap dan kaedah penyertaan oleh pihak berkepentingan seperti kerajaan, media, rakyat dan lain-lain.
Topik ini telah dikendalikan oleh Dr Nur Ajrun Khalid, yang juga merupakan seorang Pensyarah Sains Politik di USM.
Sesi Perkongsian Media
Media dikenali sebagai tiang keempat (Fourth Pillar) demokrasi kerana ia memainkan peranan penting dalam menjaga memantau demokrasi. Sesi ini telah menjemput Encik Imran Hilmy untuk berkongsi pengalaman beliau sebagai seorang bekas pegawai khas EXCO dan seorang petugas media serta analisis beliau terhadap situasi politik dari perspektif seorang petugas media.
Sesi Simulasi Sidang
Untuk mengaplikasikan input dari sesi sebelum ini, satu sesi Simulasi Sidang telah diadakan pada hari kedua. Ini memberikan peluang kepada peserta untuk menimba pengalaman dan didedahkan dengan proses perbahasan tentang satu usul dan simulasi kali ini telah pun memasukan pihak NGO untuk menjadikan sebagai perbincangan tiga pihak.
Para peserta telah membahaskan tentang satu usul, iaitu “Usul in menyokong penyedian laluan khas bagi kenderaan awam (bas) di laluan-laluan utama di sekitar Pulau Pinang.”.
Bengkel Persediaan Persidangan Sidang Muda 1.0
Tarikh: 26 Jan 2023
Bengkel Persediaan Sidang Muda telah diadakan untuk melengkapkan Ahli Sidang Muda untuk sedia beraksi di Persidangan Sidang Muda.
Ahli Sidang Muda telah dipilih melalui penilaian berdasarkan aspek pemahaman, pembentangan, kandungan, dinamik kumpulan serta penglibatan sepanjang bengkel. Persidangan kali ini turut buka pencalonan dari institusi pendidikan dan pertubuhan belia. Sebanyak 40 orang Ahli Sidang Muda telah dipilih.
Bengkel Persediaan kali ini telah dibahagikan kepada 3 sesi di hari yang berlainan. Bengkel Persediaan 1.0 telah memberi pengenalan atas mekanisme Persidangan Sidang Muda.
Bengkel Persediaan Persidangan Sidang Muda 2.0
Tarikh: 9 Feb 2023
“No such thing as slow change in such a rapid world.”
Bengkel Persediaan 2.0 dijalankan secara maya dan telah menjemput Dato’ Dr Ooi Kee Beng, Pengarah Eksekutif Penang Institute untuk berkongsi mengenai topik “Between Adaptive Leadership and Bureaucratic Management”.
Bengkel Persediaan Persidangan Sidang Muda 3.0
Tarikh: 25 Feb 2023
Bengkel Persediaan 3.0 menekankan peranan wakil rakyat serta proses simulasi persidangan. Bengkel ini telah diadakan secara bersemuka di Penang Youth Space.
Sesi Perkongsian Wakil Rakyat
YB Satees a/l Muniady, ADUN Bagan Dalam telah bermula bengkel tersebut dengan perkongsian beliau mengenai peranan sebagai seorang penggubal undang-undang di Dewan Undangan Negeri dan wakil rakyat di komuniti.
Beliau juga berkongsi pengalaman perbezaan antara Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Majlis yang sentiasa mengelirukan oleh rakyat.
Simulasi Persidangan Sidang Muda
Sepanjang sesi simulasi ini, Ahli Sidang Muda akan memainkan peranan masing-masing sebagai EXCO, backbencher atau pembangkang untuk membiasakan diri dengan proses persidangan. YB Heng Lee Lee selaku ADUN Berapit turut hadir untuk beraksi sebagai Speaker Simulasi Sidang Muda bagi memberikan pendedahan dan bimbingan terhadap perkara yang bakal berlaku sepanjang persidangan.
Lawatan ke Parlimen dan Agensi Kerajaan Selangor oleh Delegasi Sidang Muda
Tarikh: 27 – 28 Feb 2023
Satu lawatan telah diadakan khas untuk delegasi Sidang Muda ke Parlimen Malaysia dan agensi Kerajaan Negeri Selangor untuk memberikan pendedahan langsung tentang bagaimana badan perundangan tertinggi di peringkat negara ini serta agensi pelaksanaan dasar di peringkat negeri.
Lawatan ke Parlimen Malaysia
Delegasi Sidang Muda berpeluang untuk mengunjung ke Parlimen Malaysia sempena persidangan Dewan Rakyat sedang dijalankan. Parlimen Malaysia merupakan badan yang memainkan peranan yang penting dari aspek pengubalan undang-undang di negari ini yang bertujuan untuk mewujudkan keadilan, kesaksamaan dan kemakmuran serta dapat menyaksi bagaimana ahli politik mewakili kepentingan pengundi dan isu kawasan mereka.
Delegasi Sidang Muda turut bersempat untuk berjumpa dengan beberapa wakil rakyat di dalam Parlimen.
Antara wakil rakyat yang telah hadir dan jumpa dengan delagasi Sidang Muda termasuk:
- YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan
- YB Lim Guan Eng, MP Bagan
- YB Kelvin Yii Lee Wuen, MP Bandar Kuching
- YB Chow Yu Hui, MP Raub
- YB Ho Chi Yang, ADUN Tanah Rata, Perak
Kami diberi peluang untuk melawat Centralised Command Centre (CCC), di mana kami menyaksikan pelaksanaan IR4.0 melalui sistem penjejakan kenderaan pada setiap trak pemampat sampah di bawah inisiatif Smart Selangor. Dato’ Hj Ramli juga menekankan bahawa pengurusan sisa adalah usaha kolektif dan menggalakkan kami untuk bekerjasama mencapai matlamat ini demi masa depan yang lebih baik.
“Small doesn’t mean we are not big.”– Dato’ Hj Ramli Mohd Tahir, Pengarah Urusan KDEB Waste Management, Syarikat Kutipan Sisa yang terbesar di Malaysia.
Persidangan Sidang Muda 2023
Tarikh: 11 Mac 2023
Persidangan Sidang Muda 2023 telah mencerminkan perjalanan persidangan serupa dengan persidangan DUN yang sebenar supaya Ahli Sidang Muda dapat mengalami proses pembuatan keputusan di peringkat Negeri dengan lebih tepat dan realistik.
Persidangan Sidang Muda tahun ini telah dibahagikan kepada 3 sesi, iaitu Sesi Perbahasan, Sesi Penggulungan, dan Sesi Perbahasan Usul. YB. Dato’ Law Choo Kiang telah berperanan sebagai Speaker Dewan untuk mempengerusikan persidangan tersebut.
YB Soon Lip Chee, EXCO Belia dan Sukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang turut hadir untuk majlis penutupan persidangan dengan kehadiran seramai 40 Ahli Sidang Muda, yang terdiri daripada 11 orang EXCO, 7 orang Pembangkang, dan 22 orang Backbencher.
Sesi Perbahasan
Setiap ahli backbencher dan pembangkang telah diberi keutamaan untuk bermula dengan bangkitkan persoalan dan isu yang ambil berat oleh mereka. Setiap orang telah diberi masa sebanyak 3 – 5 minit untuk ucapan mereka.
Antara kandungan yang dibangkitkan perlulah selaras dengan bidang kuasa Kerajaan Negeri supaya perkara tersebut boleh dibahas lanjut dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.
Setiap isu dan persoalan yang telah dibangkit akan dijawab oleh barisan EXCO Sidang Muda di Sesi Penggulungan.
Sesi Penggulungan
Selepas Sesi Perbahasan, barisan EXCO Sidang Muda perlulah memberi balasan kepada setiap yang telah dibangkit berdasarkan portfolio masing-masing.
Untuk Sidang Muda pada tahun ini, barisan EXCO Sidang Muda diberi peluang untuk membincang isu-isu yang diterima bersama pejabat EXCO untuk mendapat fakta dan angka untuk menyokong kandungan untuk sesi penggulungan beliau.
Sesi Perbahasan Usul
Selesai sahaja Sesi Penggulungan, persidangan diteruskan dengan Sesi Perbahasan Usul. Sesi Perbahasan Usul adalah sesi untuk Ahli Sidang Muda mengemukakan cadangan kepada dewan untuk membahas dan mendapatkan sokongan majoriti.
Sesi ini adalah amat dinanti-nantikan oleh Ahli Sidang Muda disebabkan mereka melontarkan cadangan dan persoalan atas usul yang bakal dibahas.
Cadangan usul oleh Ahli Sidang Muda telah dikemukakan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri untuk penentuan usul yang akan dibahas. Ahkirnya, terdapat 2 usul telah dipilih oleh beliau untuk Sesi Perbahasan Usul.
Demi ke arah negeri yang pintar dan digitalisasi, Ahli Sidang Muda kawasan Sungai Acheh saudara Nicholas Tan Check Foong telah mencadangkan satu usul yang berbunyi “Dewan ini Mencadangkan Pindaan Enakmen Pengiditalan Perkhidmatan Awam”. Beliau mencadangkan agenda pendigitalan ini mampu direalisasi dengan pembentukan satu Task Force sebagai Unit Pelaksanaan. Usul ini merupakan satu susulan cadangan atas rangka Digital Transformation Master Plan (DTMP) yang telah dilancarkan tahun 2021 serta selaras dengan Visi Penang2030 yang beraspirasi untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah bandar antarabangsa pintar dan digital menjelang 2030.
“Dewan ini Mencadangkan Enakmen Peruntukan Saksama Ahli Dewan Undangan Negeri” adalah usul yang telah dibangkitkan oleh Ahli Sidang Muda kawasan Bukit Tambun saudara Tang Yi Ze. Beliau memberi fokus terhadap polisi peruntukan sama rata perlu dimaktub dalam perlembagaan negeri dengan alasan untuk menjaminkan Rakyat Pulau Pinang tidak didiskriminasi oleh sebab perbezaan ideologi politik dan hak asasi Rakyat perlu dijamin.
Kedua-dua usul yang telah dibahas telah menerima sokongan mejoriti. Semua cadangan usul serta teks ucapan telah dikumpulkan dan dikemukakan kepada pihak yang berkenaan sebagai cadangan dan rujukan lanjut.
Projek Penempatan Ahli Sidang Muda 2023
Tarikh: 01 Mei 2023 – 28 Jun 2023
Projek Penempatan telah berlangsung sepanjang 2 bulan dari 01 Mei 2023 sehingga 28 Jun 2023. Tempoh asal untuk projek penempatan adalah selama 3 bulan, disebabkan oleh pembubaran Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada 28hb Jun 2023, tempoh projek penempatan kali ini turut dipendekkan.
Seramai 5 Ahli Sidang Muda dan 4 Pusat Khidmat telah mengambil bahagian dalam projek tersebut.
Para Ahli Sidang Muda telah melibatkan diri melalui pelbagai kaedah bersama Pusat Khidmat untuk menyempurnakan Projek Penempatan Ahli Sidang Muda. Antara penglibatan merangkumi pengurusan aduan, aktiviti turun padang, penulisan kenyataan media dan ucapan, menghadiri ke mesyuarat, penganjuran program komuniti dan sebagainya
Majlis Pelancaran Buku “Sidang Muda 2022 & 2023”
Tarikh: 20 Disember 2023
Satu terbitan yang mendokumentasikan proses perjalanan Sidang Muda 2022 & 2023 telah berjaya dihasilkan dan dilancarkan pada 20hb Disember oleh YB Gooi Zi Sen, EXCO Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang. Ini merupakan terbitan kedua bagi program Sidang Muda. Buku “Sidang Muda 2022 & 2023”.
Turut dihadiri oleh Alumni Sidang Muda untuk bersama-sama meraikan ke majlis tersebut.
Salinan digital untuk “Sidang Muda 2022 & 2023” turut boleh didapati di sini (https://sidangmuda.org.my/penerbitan/).
Pameran Sidang Muda
Tarikh: 20 – 31 Disember 2023