Bengkel Demokrat Muda 2017
Bengkel Demokrat Muda 1.0
Tarikh : 24 – 26 Februari 2017
Penyertaan : 26 orang belia
Bengkel dijalankan selama 3 hari di Safira Country Club, Seberang Jaya.
Satu sesi ‘Anak Muda Bersama Pemimpin’ telah diadakan untuk memberi peluang kepada peserta bengkel untuk berjumpa dengan pemimpin di Pulau Pinang, YB Dr. Afif bin Bahardin selaku EXCO Pertanian dan Industri berasaskan Agro, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan merangkap ADUN Seberang Jaya telah hadir ke sesi tersebut untuk kongsikan ilmu dan pandangan antara pemimpin muda dan anak-anak muda.
Bengkel Demokrat Muda 2.0
Tarikh : 24 – 26 Mac 2017
Penyertaan : 16 orang belia
Bengkel dijalankan selama 3 hari di Safira Country Club, Seberang Jaya.
YB Steven Sim (Ahli Parlimen Bukit Mertajam) telah hadir ke sesi ‘Anak Muda Bersama Pemimpin” untuk perkongsian ilmu dan pandangan antara pemimpin muda dan anak-anak muda.
Bengkel Demokrat Muda 3.0
Tarikh : 23 – 25 April 2017
Penyertaan : 18 orang belia
Bengkel ini telah diadakan sepanjang 3 hari dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan interaktif di Safira Country Club, Seberang Jaya.
Penyelaras PEKA, sdr. Adam Adli telah hadir ke sesi ‘Anak Muda Bersama Pemimpin untuk berkongsi perjalanan beliau sebagai aktivis muda serta membuka peluang untuk dialog.
Bengkel Demokrat Muda 4.0
Tarikh: 19 – 21 Mei 2017
Penyertaan : 15 orang belia
Bengkel ini telah diadakan sepanjang 3 hari dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan interaktif di Red Rock Hotel, Pulau Pinang.
Tetamu khas untuk ‘Anak Muda Bersama Pemimpin’ untuk sesi kali ini adalah YB Kasturi Patoo (Ahli Parlimen Batu Kawan)! Beliau telah berkongsi pengalaman beliau sebagai wakil rakyat di peringkat persekutuan serta pandangan terhadap isu pembangunan belia bersama peserta.
Bengkel Demokrat Muda 5.0
Tarikh : 11 – 13 Ogos 2017
Penyertaan : 23 orang belia
Bengkel ini telah diadakan sepanjang 3 hari dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan interaktif.
ADUN Machang Bubuk, YB Lee Khai Loon telah dijemput untuk menghadiri ke sesi ‘Anak Muda Bersama Pemimpin untuk Bengkel Demokrat Muda yang terakhir untuk tahun 2017! Banyak perbincangan dan pandangan telah dikongsi sepanjang sesi tersebut.
Persidangan Sidang Muda 2017
Tarikh: 05 – 08 Oktober 2017
Ahli Sidang Muda yang telah dipilih akan membentangkan usul-usul mereka dalam Persidangan Sidang Muda 2017 di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Sekretariat telah menerima 32 usul daripada Ahli Sidang Muda. Jumlah 9 usul telah dibahas dan 7 telah diterima manakala 2 ditolak.
Senarai Usul adalah seperti berikut:
- Mewajibkan Kursus Pendidikan Keibubapaan Percuma
- Mewujudkan Pinjaman Permulaan Pernigaan Dan Penambahbaikan Skim Pinjaman Mikro Perniagaan Untuk Belia Dan Keseluruhan Masyarakat Pulau Pinang
- Menyarankan Agar Kerajaan Negeri Pulau Pinang Melalui Pihak Berkuasa Tempatan (Pbt) Menggubal Satu Enakmen Kawalan Lebihan Makanan
- Pembangunan “Fixbike” Apps Untuk Memperkasakan Ekonomi Dan Sosial Golongan Anak Muda Yang Majoriti Cenderung Kepada Bidang Pemotoran
- Menggerakkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang Melaksanakan Inisiatif Rumah Transit Bagi Gelandangan Di Pulau Pinang
- Mencadangkan Kerajaan Negeri Memberi Subsidi Pengangkutan Awam Kepada Pelajar Yang Belajar Di Univerisiti Atau Kolej Di Dalam Negeri Pulau Pinang.
- Usul Menolak Penggunaan CTOS Dan CCRIS Di Malaysia
- Mendesak Kerajaan Persekutuan Untuk Mengekang Kes Buli Di Institut Pendidikan
- Pemberian Bantuan Kewangan / Elaun Kepada Belia Menganggur Di Malaysia
Persidangan tersebut telah dipengerusikan oleh tiga orang pemimpin, iaitu, YB Dato’ Maktar bin Shapee (Timbalan Speaker Dewan Undang Negeri Pulau Pinang), YB Ong Chin Wen (ADUN Bukit Tengah) dan YB Wang Hon Wai (ADUN Air Itam).