Bengkel Demokrat Muda 2019
Bengkel Demokrat Muda 1.0
Tarikh : 15 – 17 Februari 2019
Penyertaan : 70 orang belia
Bengkel yang pertama di tahun 2019 telah diadakan di Safira Country Club, Seberang Jaya sepanjang 3 hari.
Tahun ini telah dapat kerjasama daripada pihak IPTA/IPTS untuk memberi peluang kepada mahasiswa mereka dalam penyertaan atas bengkel ini.
Bengkel Demokrat Muda 2.0
Tarikh : 5 – 7 Julai 2019
Penyertaan : 70 orang belia
Bengkel ini telah diadakan di Safira Country Club, Seberang Jaya sepanjang 3 hari.
YB Syerleena Abdul Rashid (ADUN Seri Delima) turut hadir ke sesi interaksi bersama peserta bengkel untuk kongsikan ilmu dan pandangan antara pemimpin muda dan anak-anak muda.
“Sikap tidak peduli di kalangan rakyat, adalah punca kegagalan demokrasi.”
– Teguran YB Syerleena kepada para belia berdasarkan pengalaman beliau di arena politik.
Bengkel Demokrat Muda 2019 2.0
Persidangan Sidang Muda 2019
Tarikh: 24 – 25 Ogos 2019
YB Chris Lee Chun Kit, ADUN Pulau Tikus telah dijemput sebagai salah seorang jemputan untuk sesi perkongsian mengenai perjalanan DUN selaku ADUN yang muda di Pulau Pinang. Selain itu, terdapat juga pengisian mengenai fungsi dan perjalanan DUN oleh Pejabat DUN dan juga pengenalan oleh bahagian Penang2030.
Ahli Sidang Muda yang telah dipilih akan membentangkan usul-usul mereka dalam persidangan di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Sekretariat telah menerima 14 usul daripada Ahli Sidang Muda dan kesemuaan usul tersebut telah dibahas dan diterima.
Persidangan tersebut telah dipengerusikan oleh YB Dato’ Law Choo Kiang (Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang) dan YB Dr. Amar Pritpal Abdullah (Timbalan Speaker Dewan Undang Negeri Pulau Pinang).
Persidangan Sidang Muda 2019 (Perbahasan Bajet 2020)
Tarikh: 1 – 3 November 2019
Hari Pertama
Kunjungan ke Persidangan
Kunjungan ke Persidangan
Pada hari yang pertama, ahli Sidang Muda telah menghadiri Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Yang Keempat Belas untuk menyaksi pembentangan Bajet Pulau Pinang 2020 di Dewan Sri Pinang.
Ahli Sidang Muda telah disambut oleh Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, YB Dato’ Law Choo Kiang, EXCO Belia dan Sukan, YB Soon Lip Chee, ADUN Komtar, YB Teh Lai Heng dan ADUN Batu Lanchang, YB Ong Ah Teong.
Hari Kedua
Penyediaan Perbahasan Sidang Muda
Penyediaan Perbahasan Sidang Muda
YB Lee Khai Loon, YB Daniel Gooi Zi Sen dan YB Kasthuri Patto telah beraksi sebagai “cikgu tuisyen” untuk membimbing ahli Sidang Muda yang bakal bersidang. Sebanyak 2 usul telah berjaya dicadangkan atas perbincangan dan perkongsian bersama ketiga-tiga YB.
Hari Ketiga
Hari Persidangan Sidang Muda
Ahli Sidang Muda yang telah dipilih akan membentangkan usul-usul mereka dalam persidangan di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.
Persidangan Sidang Muda kali ini telah membentangkan 2 usul, iaitu:
i. Usul mencadangkan 30% kuota belia bagi Ahli Majlis dan MPKK; dan
ii. Usul mencadangkan untuk pembentukan dasar “zero school drop out” di Pulau Pinang dalam menangani masalah dadah.
Persidangan tersebut telah dipengerusikan oleh YB Dato’ Law Choo Kiang (Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang).
Lawatan ke Parlimen
Tarikh: 25 November 2019
Antara wakil rakyat yang telah hadir dan jumpa dengan delagasi Sidang Muda termasuk:
- YB Mohd Rashid Hasnon, Timbalan Speaker of the Dewan Rakyat
- YB Wong Hon Wai, Ahli Parlimen Bukit Bendera
- YB Steven Sim Chee Keong, Ahli Parlimen Bukit Mertajam
- YB Wong Kah Woh, Ahli Parlimen Ipoh Timor