Bengkel Demokrat Muda 2020 1.0
Tarikh: 15 – 16 Februari 2020
Bengkel Demokrat Muda 2020 sesi pertama telah dijalankan selama dua hari dua malam di YMCA Penang dengan kehadiran seramai 16 belia.
Sesi ini telah dikendalikan dengan aktiviti yang interaktif dan menarik.
Bengkel Demokrat Muda 2020 2.0
Tarikh: 7 – 8 Ogos 2020
Bengkel Demokrat Muda kembali lagi selepas semua terkurung dalam kediaman selepas satu masa yang panjang.
Sesi kali ini telah dikendalikan selaras dengan norma baharu akibat penularan COVID-19 di seluruh dunia.
Walau bagaimanapun, belia di Pulau Pinang masih berkomitmen untuk menyertai bengkel sesi ini.
Persidangan Sidang Muda 2020
Tarikh: 3 – 4 Oktober 2020
YB Chris Lee Chun Kit, ADUN Pulau Tikus turut dijemput untuk memberi panduan kepada Ahli Sidang Muda atas perjalanan persidangan serta mengadakan satu simulasi persidangan untuk lagi membiasakan diri demi sesi yang bakal bersidangan pada hari kemudian.
Antara usul yang telah diterima adalah seperti berikut:
- Mewujudkan Polisi Laluan Berbasikal sebagai garis panduan di Pulau Pinang.
- Usul pelantikan Ahli Muda bagi setiap DUN Di Pulau Pinang.
- Cadangan Kerajaan Negeri untuk memberi Subsidi Internet Percuma kepada pelajar dibawah B40 dan di pedalaman.
- Cadangan Kerajaan Negeri memperkuatkan “Penang Free Wifi” di tempat keperluan tinggi.
- Cadangan Kerajaan Negeri mengisytiharkan Darurat Perubahan Iklim (Climate Emergency).
- Pemberian subsidi untuk bil elektrik dan air bagi golongan B40
- Cadangan untuk membangunkan banyak lagi penginapan untuk para pelajar di Universiti Dan Politeknik demi jaminan keselamatan.
- Mewajibkan Kursus Pendidikan Keibubapaan secara percuma.
- Menubuhkan Kedai Makanan Vegetarian di semua Universiti dan Sekolah.
- Cadangan Kerajaan untuk meluluskan umur mengundi turun ke 18 tahun.
- Penyelarasan semula harga lesen memandu motosikal dan kereta berdasarkan klasifikasi pendapatan di Pulau Pinang.
- Politik berasas unsiur keagamaam tidak sesuai di Malaysia.