Skip to content
  • Tentang Kami
  • Sidang Muda
      • Sidang Muda 2015
      • Sidang Muda 2016
      • Sidang Muda 2017
      • Sidang Muda 2018
      • Sidang Muda 2019
      • Sidang Muda 2020
      • Sidang Muda 2021
      • Sidang Muda 2022
      • Sidang Muda 2023
  • Alumni
  • Arkib Teks
  • Penerbitan
  • Daftar Sekarang

24 peserta Sidang Muda 2019 diberi peluang bahas Belanjawan 2020 negeri, 3 November ini

DEMOKRASI • AKTIVISME • GOVERNAN

GEORGE TOWN – Seramai 24 peserta Sidang Muda 2019 menzahirkan keterujaan apabila diberi peluang untuk menyuarakan pendapat dan buah fikiran berhubung Belanjawan 2020 Negeri Pulau Pinang yang dibentangkan oleh Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow hari ini.

Menurut Pegawai Eksekutif Komunikasi Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC), Shangitha Sadayan, para peserta akan memulakan perbahasan mereka pada 3 November 2019 bertempat di Dewan Kenanga, Menara Bandaraya, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

“Sebelum ini, kami (Sidang Muda) cuma bahaskan isu-isu biasa tetapi bagi sesi Sidang Muda kali ini kami membahaskan mengenai bajet.

“Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Dato’ Law Choo Kiang akan mempengerusikan sidang tersebut dan peluang ini memberi platform belia berkongsi suara dengan pemimpin negeri.

“Mulai tahun hadapan juga, PYDC selaku penganjur akan bekerjasama dengan Pejabat DUN untuk menganjurkan Sidang Muda sebanyak dua kali setahun sama seperti persidangan DUN biasa,” ujarnya melalui satu kenyataan media.

Pagi ini, kesemua 24 para peserta hadir ke pembentangan belanjawan di Dewan Sri Pinang serta disambut oleh Exco Belia dan Sukan, Soon Lip Chee dan Choo Kiang sendiri.

Difahamkan program yang dikhaskan kepada belia berumur 16 hingga 30 tahun ini juga akan membawa 10 orang peserta cemerlang untuk mengikuti Perbahasan Bajet di Parlimen Malaysia.

2019-11-01
Source : https://www.buletinmutiara.com/24-peserta-sidang-muda-2019-diberi-peluang-bahas-belanjawan-2020-negeri-3-november-ini/

Tentang Kami

Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) telah ditubuhkan pada 14 March 2012. PYDC merupakan sebuah agensi di bawah Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang membantu merealisasikan visi secara kolektif untuk membangunkan negeri Pulau Pinang sebagai masyarakat maju dan progresif melalui pembangunan belia. Ia bertujuan untuk membangunkan golongan muda secara holistik, bekerjasama untuk memperkuatkan belia dari segi sosial dan perkembangan pendidikan, untuk membolehkan belia melaksanakan pengaruh mereka, temukan suara, kedudukan mereka dalam masyarakat dan mencapai potensi penuh dalam kehidupan

Hubungi Kami

  • 8-03-09, Sunny Point Complex, Kampung Batu Uban, 11700 Gelugor, Pulau Pinang.

  • +6012-401 0186

  • +6012-401 0186

  • info@pydc.com.my

Kerjasama

© 2024 PYDC Strategies Sdn Bhd (982344-W) — All Rights Reserved

  • Hubungi Kami
Page load link
Go to Top