BENGKEL DEMOKRAT MUDA VERSI MAYA 1.0 2021
Anak muda beraski sebagai Yang Berhormat! Seramai 18 orang belia amat agresif dan bersemangat membahaskan dua usul pada Simulasi Sidang dalam Bengkel Demokrat Muda Versi Maya 1.0 walaupun melalui kaedah maya. Dengan ini, sudah pasti harapan PYDC berupaya melahirkan barisan kepeminpinan generasi muda yang berpotensi dalam negeri Pulau Pinang.
Dua usul yang dibincangkan pada Simulasi Sidang adalah “Menyokong bahawa UNDI18 tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia” dan “Menyokong bahawa Akta Anti Lompat Parti harus dikuatkuasakan di Malaysia”
Para peserta telah dibahagikan kepada pihak Kerajaan dan pihak pembangkang. Mereka telah beraksi sebagai Ahli Dewan untuk melontarkan pandangan antara satu sama lain. Simulasi Sidang turut dihadiri oleh YB Chris Lee Chun Kit selaku ADUN Pulau Tikus untuk beraksi sebagai Speaker.
Beliau merumuskan bahawa program Sidang Muda ini adalah amat penting untuk seorang anak muda untuk menerokai tentang ilmu politik dan sosial serta mengharapkan Sidang Muda ini mampu dijalankan secara bersemuka di bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang sebenar.
Buat pertama kali Bengkel Demokrat Muda, program anjuran tahunan Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) telah dilangsungkan di alam maya disebabkan oleh situasi pandemik semasa serta kesekatan pelaksanaan aktiviti sosial. Bengkel tersebut telah dilangsungkan selama 3 hari dalam 2 minggu, iaitu 10, 11 dan 17 Julai 2021. Bengkel ini dikendali oleh sekumpulan fasilitator yang terdiri daripada Haris Zuan, Izzudin dan Atikah.
EXCO Belia dan Sukan YB Soon Lip Chee berkata bahawa setakat kini PYDC terdapat melebihi 250 orang alumni Bengkel Demokrat Muda sejak tahun 2015 dan akan mendaftar diri sebagai Sukarelawan Belia Pulau Pinang di bawah seliaan PYDC.
Beliau juga menyeru para alumni mengambil peluang ini untuk mengemukakan idea dan cadangan projek yang ingin dilaksanakan kepada pihak PYDC untuk mendapat sokongan dan bantuan untuk merealisasikan projek tersebut.
—
“Sudikah anda berkerja dalam masyarakat yang kotorkan tangan walaupun tanpa kehadiran seorang media?”, kata Siti Rahayu Baharin, pengasas bersama parti Muda dan pengasas bersama Buku Jalanan Chow Kit.
Beliau telah dijemput untuk sesi interaksi bersama pemimpin pada hari kedua. Beliau telah melontarkan persoalan tersebut sebagai nasihat untuk peserta. Selain itu, beliau juga telah berkongsi kisah dan pengalaman beliau tentang perjalanan sebagai seorang perjuang hak pendidikan melalui insitiatif buku jalanan sampailah ke perjuangan di dunia politik.
Peserta Tan Jia Yi, selaku Ketua Menteri Simulasi Sidang berkata, sesi yang tergemar adalah Simulasi Sidang. Sepanjang bengkel ini, saya sedar bahawa bukan senang untuk bekerjasama dan berurusan dengan individu yang mempunyai latar belakang dan bangsa yang berlainan.
“Asalkan kami berusaha untuk matlamat yang sama, itu tidak jadi masalah. Itu serupa juga dengan bagaimana negara kami dibangunkan.”
Manakala Ketua Pembangkang, Muhammad Danial mengatakan bahawa keseluruhan bengkel ini dikendalikan adalah amat baik walaupun secara maya dan harap masa untuk pembentangan semasa Simulasi Sidang boleh dipanjangkan untuk perbahasan yang lebih menyeluruh.
—–
Terdapat lagi 2 sesi Bengkel Demokrat Muda Versi Maya yang bakal berlangsung pada bulan Ogos dan September. Untuk makluman, bagi Ogos kuota peserta sudah penuh. Sertailah kami sekarang bagi September Bengkel Demokrat Muda Maya 3.0.
Program ini menekankan untuk menyampaikan pengetahuan serta pendidikan sivik dan politik kepada golongan belia melalui kaedeh yang berinteraktif. Dalam bengkel 3 hari ini telah dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang menyeluruh dan yang merangkumi sesi pembelajaran konsep dan teori asas demokrasi dan politik, sesi interaksi bersama pemimpin serta satu simulasi sidang yang memberi peluang para peserta beraksi sebagai Yang Berhormat untuk membahaskan usul-usul.
Untuk menyertai Bengkel Demokrat Muda yang seterusnya boleh mengemukakan pendaftaran melalui pautan berikut (https://forms.gle/kbtaEiDM6L74XHSF7), ataupun melayari ke laman web dan laman sosial PYDC. Sila hubungi Yi Zhe dengan talian 016-4026505 untuk keterangan lanjut.
线上青年民主教育工作坊新闻稿
7月25日2021年
(槟城讯)青年线上当 “YB“!18位“YB”积极的参与了模拟议会中的两个议案讨论!
由于疫情缘故,槟城青年发展机构年度主办的青年民主教育工作坊首次以线上的方式进行, 为其三天, 即7月10日,11日及17日。
此工作坊全程由三位助教協助完成,分別是Haris Zuan, Izzudin 和Atikah。
上述所提到的两个议案包括了“不支持在马来西亚实行UNDI18”和“支持落实反跳槽法令”。参与者被分为两个阵营(政府和反对党)进行议案讨论,同时也邀请浮罗池滑州议员李俊杰来主持这场模拟议会。
李俊杰表示青年议会对于想增进关于政治及社会时事知识的青年非常重要,并希望能够有机会以实体方式在槟州州议会大厦进行。
槟州青年及体育行政议员YB孙意志为该工作坊闭幕时指出,自2015年至今,PYDC已有超过250
名的学员并也登记为槟州青年志工。他也呼吁学员们可提交想执行的企划或举办的活动于PYDC,而PYDC将给予最大支持和帮忙来协助完成。
模拟议会首长陈泇亦表示,他最喜欢的环节是模拟议会。他认为与各背景和不同种族互相合作有难度,然而只要目标一致,专注于共同点,一切皆得以克服。就好比我们国家的建立方式,相辅相成,相得益彰。
模拟议会反对党领袖丹尼尔(音译)认为整体工作坊进行的很好,就算是以线上方式进行。但他希望在模拟议会上有更长的辩论时间。
了解领袖的心路历程
Siti Rahayu Baharin, 作为马来西亚民主联合阵线(MUDA) 和Buku Jalanan Chow Kit
的共同创始人也被受邀作为与领袖对话环节的嘉宾。通过该对话环节,Siti Rahayu
分享她为教育权益抗争和政治道路上的经验及故事。在环节结束之前,
她抛出了一个问题让参与者思考作为结语,“就算没有任何的媒体报导关于你的努力,你是否愿意依然一直为社会贡献付出?”
该活动旨予通过互动方式向青年灌输及培养公民意识,公民权益和民主价值等一系列知识。该三天的工作坊内容包括关于民主和政治的基本概念和理论的课程,与领袖的对话及模拟议会,并让参与者有机会成为模拟州议员讨论提案。
接下来还有两场的青年民主教育工作坊分别在8月和9月。目前8月份已经满额,欢迎青年们踊跃报名9月份的工作坊。
欲参加的青年们可以通过 (https://forms.gle/kbtaEiDM6L74XHSF7) 报名,或浏览官网pydc.com.my
及PYDC社交平台,或致电016-4026505(毅哲)以获取更多详情 。
2021-07-25