Husna binti Rosli

N33 Air Itam

Malaysia memerlukan bukan sekadar suara dan potensi anak muda, malah seseorang yang teguh jati dirinya, dan bekerja keras membangunkan negara ini tanpa bergantung kepada kuasa luar malah berimpian menjadi kuasa nasional.

“Saya berasa amat gembira dan berbesar hati kerana berpeluang memasuki Dewan Undangan Negeri mendengar usul, ulasan dan pendapat golongan anak muda Pulau Pinang yang hebat-hebat belaka demi kebaikan rakyat Negeri Pulau Pinang. Dengan adanya peluang sebegini, golongan anak muda dapat mengetengahkan pandangan dan menyuarakan pendapat mahupun idea-idea baru agar rakyat Negeri Pulau Pinang menjadi lebih maju di masa hadapan dan taraf kehidupan rakyat dapat dipertingkatkan dengan adanya program-program seperti keusahawanan, seminar pengurusan kewangan dan sebagainya lagi. Oleh yang demikian, Program sebegini haruslah diteruskan setiap tahun bagi memupuk semangat dan inspirasi baru untuk kemajuan Negeri.”