K. Mukesh Kumar
N13 Berapit
Beliau telah bekerja dengan parti DAP sejak tahun 2008 dan sekarang telah diangkat sebagai setiausaha DAPSY Parlimen Bukit Gelugor.
Beliau turut menyertai Malaysia Tamilar Kural yang mengutamakan kerja kebajikan sebelum dan semasa COVID-19 dan juga melibatkan diri bersama MOVAK untuk aktiviti vaksinasi dan PYDC untuk aktiviti kesukarelaan.
Beliau juga minat untuk melakukan kerja sosial dan kebajikan serta mempunyai hobi bermain badminton, bola sepak, berkebun dan membaca.
“Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada EXCO belia dan sukan YB Soon Lip Chee untuk memberi peruntukan kepada PYDC untuk menjalankan program Sidang Muda pada setiap tahun. Tidak lupa juga pihak PYDC dan team menjalankan program dengan berjaya. Sidang muda memberi peluang dan pengetahuan kepada belia di Pulau Pinang untuk belajar lebih mendalam dalam bidang politik dan kerajaan negeri. Ia juga memberi ramai belia untuk menceburi dalam bidang politik, dan juga dapat bekerjasama dengan ADUN. Belia untuk negeri, belia untuk masa hadapan.”