Koay Yi Hang

N32 Seri Delima

Graduan dari Sekolah Menengah Chung Ling (Persendirian) dan sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dalam Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Akauntansi.

Beliau merupakan Naib Pengerusi GBBM Negeri Pulau Pinang, Pengerusi GBBM Cawangan Balik Pulau serta Juruaudit bagi Pertubuhan TUPO.

Beliau juga mempunyai minat dalam aktiviti sosial dan juga eSukan.

“Menyertai Sidang Muda 2021 adalah kenangan yang tidak dapat dilupakan. Pada hari ini, kami semua berpeluang untuk menjadi ADUN Pulau Pinang, membahaskan topik di dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang demi negeri dan negara yang tercinta. Ini juga memberi saya pemahaman tertentu tentang kerjaya politik. Memberi sumbangan kepada masyarakat dan berkhidmat kepada rakyat adalah perkara yang harus dilakukan oleh seorang ahli politik. Saya berharap dengan penyertaan anak muda, Malaysia akan menjadi lebih baik dan lebih progresif pada masa hadapan!”