
Liew Yun Ting
N30 Sungai Pinang
“Bersemangat dalam mewujudkan kesan positif kepada dunia!”
Beliau merupakan seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa di UUM.
Beliau telah mengambil Gap Year dan menjadi sukarelawan di AIESEC di Thailand sebagai Naib Presiden Jawatankuasa Ahli.
Beliau sekarang sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat kedua dalam bidang Undang-Undang (LLB) sambil bekerja sebagai perancang insuran.
“Menyertai Sidang Muda 2021 adalah salah satu memori yang amat istimewa. Dalam program tersebut, saya dapat mengetahui macam mana ahli-ahli DUN berbahas untuk menyuarakan isu-isu yang dihadapi oleh para penduduk Pulau Pinang. Program tersebut memang sesuai kepada para pemuda kerana perkara ini boleh memberi inspirasi supaya mereka menjadi lebih aktif dalam politik dan lebih memahami isu-isu terkini.”