Lim Wei Qian

N24 Kebun Bunga

Beliau sedang melanjutkan Ijazah Sarjana Muda di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman dalam bidang Perbankan dan Kewangan.

Beliau berpengalaman dalam aktiviti pelajar yang melibatkan isu-isu kampus seperti yuran kolej dan pilihan raya perwakilan pelajar. Bagi beliau, isu-isu sosial juga harus menjadi perhatian semua supaya dapat diselesaikan oleh kita.

Beliau juga seorang pereka grafik sukarelawan dalam sebuah organisasi aktivis pelajar yang menghasilkan gambar-gambar tentang maklumat terkini.

Minat dan hobi beliau adalah membaca dan menonton bahan-bahan tentang bidang aeroangkasa dan teknologi.

“Saya berasa amat gembira kerana mempunyai peluang untuk melawat ke Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang saya tidak pernah lawat. Dalam sidang ini, saya lebih memahami tentang cara program yang akan dijalankan seperti sesi soalan lisan dan sesi perbahasan. Saya juga telah menambah ilmu pengetahuan diri daripada usul-usul yang dibahas oleh para peserta. Oleh itu, saya akan menyeru kawan-kawan saya untuk menyertai Sidang Muda yang begitu makna ini pada masa depan.”