Muhammad Danial Alimin
N38 Bayan Lepas
Beliau berusia 21 tahun dan merupakan seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kaunseling di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS).
Beliau terlibat dengan NGO sejak berumur 13 tahun. Antara NGO yang beliau pernah terlibat adalah Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan beberapa lagi NGO sehingga hari ini. Beliau juga pernah terlibat dengan pelbagai misi bantuan di seluruh Malaysia. Pada masa yang sama juga, beliau turut memberikan seminar berkaitan kepimpinan dan motivasi di sekolah-sekolah.
“Saya merasa bersyukur kerana diberi peluang oleh PYDC untuk menjadi sebahagian daripada Ahli Sidang Muda 2021, Banyak pengalaman yang diperoleh dan pelbagai kemahiran yang saya pelajari dari koordinator dan juga ahli sidang yang lain. Saya berharap agar lebih ramai anak muda Pulau Pinang yang akan menyertai program-program anjuran PYDC khususnya Sidang Muda.”