J. Karen Kasturi
Ketua Menteri
Pembangunan Sosial dan Hal Ehwal Bukan Islam
N15 Padang Lalang
Beliau merupakan pengasas dan presiden Pertubuhan Masyarakat Mesra Malaysia yang memberi fokus kepada isu kebajikan untuk golongan yang memerlukan
Pengalaman Aktiviti Kesukarelawanan beliau termasuklah:
- Project Impian Sarawak
- Koordinator Impian Education Camp
- Sukarelawan bersama Kechara Soup Kitchen Society
- Kem Bina Diri Anak-anak Orang Asli di KKB
Beliau juga bergiat aktif dalam politk dan merupakan Ketua Komunikasi Wanita KEADILAN Selangor dan Kaukus Srikandi Keadilan Selangor, Parti Keadilan Rakyat.
"Pengalaman bersidang dan berbahas sebagai Ahli Sidang Muda telah membuka ruang dan peluang kepada saya untuk lebih celik politik dan memahami dengan lebih dalam mengenai sistem demokrasi dan peranan anak muda dalam politik mahupun pemerkasaan demokrasi dalam Negara. Saya juga merasakan Sidang Muda yang dianjurkan oleh PYDC adalah satu terjemahan kepada rasa yakin anak muda dalam penglibatan politik tanah air."