Nur Shafinaz Binti Mohamed Rafiq
N10 Seberang Jaya
Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial bermajorkan Sains Politik di Universiti Sains Malaysia.
Beliau bergiat aktif dalam persatuan sukan dan meminati sukan Floorball, berlari, jogging serta bersenam.
Beliau juga berminat dalam menganalisis dan mempelajari tentang sistem demokrasi.
“Saya amat teruja kerana telah diberi peluang melibatkan diri dalam sesi perbahasan dan merasa tanggungjawab sebagai seorang ADUN bagi membawa suara rakyat. Sepanjang Sidang Muda 2021, saya mengenal pasti betapa pentingnya untuk seorang ADUN mempunyai kebolehan untuk berfikir secara kritikal, menyoal dengan baik dan berbahas secara intelektual bukan hanya bersifat provokasi.”