Nurul Aina Binti Jamaluddin

Hal Ehwal Agama Islam, Koperasi dan Pemerkasa Komuniti

N03 Pinang Tunggal

Beliau merupakan seorang pelajar tahun akhir ljazah Sarjana Muda
Pengurusan Projek di Universiti Malaysia Pahang.

Beliau pernah menyertai Sidang Wanita Pulau Pinang pada tahun
2020 dan merupakan Ahli Parlimen Wanita Muda 2021 yang giat
memperjuangkan pemerkasaan wanita.

Beliau juga merupakan seorang mahasiswa yang bergiat aktif di
universiti dan memegang jawatan sebagai Timbalan Yang Dipertua 1
Majlis Perwakilan Pelajar.

"Menjadi salah satu seorang perwakilan bagi Sidang Muda Pulau Pinang 2021 yang mana di sini menghimpunkan 38 belia dan anak muda Pulau Pinang yang hebat-hebat sememangnya menjadi satu pengalaman yang berharga. Disini, saya berpeluang untuk mengasah bakat saya dalam berbahas dan bersidang serta menambah lebih ramai kenalan dari seluruh pelosok negeri. Saya juga suka untuk mengajak rakan-rakan yang lain untuk turut sama menyertai Sidang Muda pada masa akan datang kerana ia banyak memberi pendedahan kepada kita dari segi prosedur persidangan dan merasai sendiri pengalaman bersidang di dalam Dewan Undangan Negeri Sebenar."