PreetSimran Kaur A/P Balbir Singh

Agroteknologi & Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan

N12 Penanti

Beliau mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam Perundangan dari Northumbria University di Newcastle, UK dan mempunyai Ijazah Sarjana dalam Perundangan serta sedang menunggu keputusan akhir dalam Latihan Perundangan (Bar Training Course) daripada BPP University, Birmingham, UK.

Beliau juga merupakan Ahli dalam Parlimen Muda Wanita, Gerakan Sikh Se-Belia Malaysia dan memegang jawatan sebagai Biro Pemerkasaan Wanita dan Belia Muda Bukit Bendera, Pulau Pinang.

“Saya berasa kagum apabila melihat suasana di Dewan Undangan Negeri dan ia adalah pengalaman yang mendebarkan dan behat yang menggalakkan golongan belia untuk melibatkan diri lebih dalam politik, sekali gus menyuarakan pendapat mereka. Sidang Muda merupakan salah satu inisiatif yang terbaik yang dilakukan oleh pasukan PYDC. Kudos kepada mereka. ”