
Revan A/L R.Kanan
N39 Pulau Betong
Beliau merupakan graduan dari Universiti Malaysia Sabah dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial Dengan Kepujian (Sejarah).
Beliau turut melibatkan diri dengan aktiviti sosial semasa menuntut di UMS. Beliau pernah menjadi Exco Kebajikan dan Khidmat Siswa bagi Persatuan Mahasiswa Sains Sosial dan Seni serta Sekretariat Exco Kebajikan dan Khidmat Siswa Majlis Perwakilan Pelajar.
Beliau juga melibatkan diri dengan Pertubuhan Pemuda Gema Pulau Pinang dan memegang jawatan sebagai Exco.
Beliau turut memberikan perhatian kepada isu pembangunan lestari, ekonomi, pendidikan dan kebajikan kanak-kanak.
“Sidang muda ini menjadi platform yang penting untuk mencungkil bakat kepimpinan dalam diri saya. Di samping itu, program ini turut memberi pendedahan kepada saya tentang sistem demokrasi sesebuah negara. Selain itu, sidang muda turut memberi peluang kepada golongan belia Di Pulau Pinang untuk melibatkan diri dalam penggubalan dasar-dasar negeri. ”