Siti Aeisyah Amirah binti Mohamad Fauzi

N36 Pantai Jerejak

Sejak dari kecil, beliau didedahkan dengan persekitaran politik dan secara tidak langsung, minatnya dalam bidang politik semakin menebal dari hari ke hari.

Menyentuh mengenai anak muda, saya tidak bersetuju apabila ada yang mengatakan bahawa anak muda merupakan pemimpin masa hadapan negara tetapi, anak muda merupakan seorang pemimpin pada masa dahulu, kini dan juga masa hadapan negara. Selain itu, kita tidak boleh mengukur anak muda hanya melalui angka semata-mata tetapi, harus dilihat pada idealism yang dilontarkan.

“Melalui Sidang Muda ini, saya dapat melihat bahawa ramai anak-anak muda yang sebenarnya berminat dalam menceburkan diri atau mengambil bahagian dalam bidang politik. Hal ini merupakan perkara yang perlu dibanggakan oleh seluruh rakyat tidak kira umur, bangsa dan agama. Dan saya yakin, melalui platform Sidang Muda ini, suara anak-anak muda akan lebih didengari oleh seluruh rakyat Malaysia khususnya pemimpin-pemimpin di negara kita.”