Tan Kean Tatt
N19 Jawi
Seorang pemuda yang berjuang untuk suara anak muda, hak kebebasan dan muafakat untuk semua kaum. Seorang aktivis muda, Setiausaha Publisiti DAPSY Bukit Bendera, Setiausaha MPKK Bangkok Lane dan lain-lain.
Anak muda harus dijaga dan diberi peluang kerana merekalah penentu masa depan negara kita. Ini adalah masanya untuk Sidang Muda 2021 membawakan suara anak muda yang terdiri daripada 23% penduduk Malaysia.
“Sidang Muda telah memberikan peluang kepada saya untuk lebih mendalami proses perundangan dan peluang ataupun platform kepada anak muda untuk mengeluarkan suara mereka. Semasa persidangan, kami perlu menjalankan tanggungjawab kami dan mengambil bahagian dalam perbahasan usul yang serupa dengan perbahasan dewan yang sebenar, satu pengalaman yang baik dan dikenangkan. ”