Tan Wei Siang
Timbalan Ketua Menteri 1
Belia dan Sukan
N08 Bagan Jermal
Beliau ialah penerima Biasiswa Tunku Abdul Rahman untukmelanjutkan pelajarannya dalam ljazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Kejuruteraan Perisian di Asia Pacific University of T Technology & Innovation.
Beliau aktif dalam aktiviti pengakap, advokasi, pemerkasaan belia dan komuniti. Beliau telah dianugerahkan sebagai Pengakap Raia pada tahun 2018 dan kini berkhidmat sebagai Penolong Pemimpin Kumpulan Pengakap George Town (Selatan) Ke-21.
Pada tahun 2020, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha MPKK Taman Free School dan pernah mewakili P50-Jelutong dalam Parlimen Digital. Beliau telah memulakan inisiatif Care For All dengan menganjurkan pertandingan esports untuk mengumpul dana dankemudiannya membantu golongan yang memerlukan di seluruh Pulau Pinang.
"Bagi saya, pengalaman Sidang Muda kali ini amat luar biasa. Pertama kali wujudnya sesi soal lisan dan pembentangan lebih daripada 2 usul. Saya menyeru supaya anak-anak muda negeri melibatkan diri secara aktif dalam proses pembinaan negara semula dan penetapan dasar. Ini masa kita!"