Bengkel Demokrat Muda merupakan satu bengkel interaktif yang bertujuan untuk melengkapkan para belia dengan konsep dan idea teras politik dan demokrasi. Bengkel yang dijalankan sepanjang 3 hari ini memberi pendedahan mengenai nilai sivik yang meliputi kewarganegaraan (citizenship), kesukarelawanan (volunteerism), dan pemerkasaan komuniti (community empowerment). Ia juga memberi kefahaman mengenai proses pembuatan keputusan di Malaysia dengan penekanan kepada konsep demokrasi perwakilan, kebertanggungjawaban dan ketelusan.
Bengkel Demokrat Muda telah dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang menyeluruh dan merangkumi sesi pembelajaran konsep dan teori asas demokrasi dan politik, sesi interaksi bersama pemimpin, serta satu simulasi sidang yang memberi peluang kepada para peserta beraksi sebagai ahli-ahli Dewan Undangan Negeri untuk membahaskan usul.