Selepas Bengkel Demokrat Muda, peserta akan dinilai berdasarkan prestasi sepanjang bengkel dijalankan. Aspek penilaian merangkumi pemahaman, pembentangan, kandungan, dinamik kumpulan serta penglibatan sepanjang bengkel.
Bengkel Persediaan Sidang Muda bertujuan untuk memberi taklimat mengenai protokol dan perjalanan DUN serta persediaan untuk beraksi sebagai “Yang Berhormat” di Sidang Muda serta berpeluang untuk berinteraksi bersama ADUN dan EXCO untuk lagi memahami peranan wakil rakyat.