Mohamad Firdaus Danial Anuar
N10 Seberang Jaya

Beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Belia Pulau Pinang bagi KADUN Pulau Tikus. Seorang anak muda yang memperjuangkan suara anak muda dan masyarakat melalui penglibatan NGO seperti Angkatan Belia Malaysa, Future Leaders School dan Young Democrats Malaysia.

Beliau berpendapat bahawa anak muda perlu diberikan platform bagi melontarkan idea yang segar dan baru demi memantapkan pembangunan politik, ekonomi dan sosial khususnya di negeri Pulau Pinang.

Platform yang diberikan kepada anak muda tidak kira melalui politik, ekonomi dan sosial itu akan membolehkan anak-anak muda cakna dan peka dengan perubahan persekitaran mereka. Ini juga dapat menjadi usaha dalam membentuk pemimpin masa ini dan masa hadapan.

Teks Ucapan