Nurul Aina biti Jamaluddin
N38 Bayan Lepas

Beliau merupakan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Projek di Universiti Malaysia Pahang (UMP). Beliau merupakan seorang yang aktif dalam dunia kepimpinan mahasiswa dan juga aktiviti di luar kampus.

Mempunyai minat yang mendalam di dalam politik serta pembuatan dasar polisi telah mendorong beliau untuk menyertai dan terpilih di dalam banyak program antaranya Parlimen Wanita Muda, Felo Parlimen, Sidang Wanita dan banyak lagi.

Sepanjang tempoh pengajian, beliau juga telah memegang jawatan sebagai Timbalan Yang Dipertua 1 Majlis Perwakilan Pelajar. Pemerkasaan wanita adalah salah satu perkara yang sentiasa diperjuangkan oleh beliau dan harapan beliau adalah untuk melihat Malaysia mempunyai seorang Perdana Menteri wanita suatu hari nanti.

Teks Ucapan