Ikhwan Bin Zulkefli
N04 Permatang Berangan
Beliau seorang anak Perai, Pulau Pinang, lepasan Diploma Perkaunan di Universiti Malaya, dan kini melanjutkan pengajian di Universiti Utara Malaysia dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Ekonomi.
Pada zaman Diploma, beliau berkhidmat sebagai ketua pelajar untuk pelajar Diploma Perakaunan. Di peringkat Ijazah Sarjana Muda, beliau dipilih sebagai Presiden Jawatankuasa Pembangunan dan Kepimpinan Siswa di Inapan Siswa TM dan juga Grantt.
Beliau juga terpilih sebagai ahli mesyuarat Bencana COVID-19 di UUM untuk merancang peraturan dan polisi sewaktu situasi COVID di UUM di samping Ahli Parlimen Kluster Inapan Siswa dalam Dewan Parlimen Mahasiswa UUM yang bertanggungjawab membawa perubahan positif di dalam UUM dari sudut mahasiswa.