Jegathesan A/L Supramaniam
N09 Bagan Dalam
Ahli Sidang Muda 2022/23

Beliau merupakan anak jati Pulau Pinang yang kini melanjuntkan Ijazah Sarjana Muda dalam kursus Sains Kemasyarakatan pengkhususan dalam bidang Sains Politik di Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ), Universiti Sains Malaysia.

Beliau juga merupakan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Cabang Bukit Gelugor. Beliau juga merupakan seorang ahli jawatankuasa di Majlis Belia India Cawangan Macallum yang beroperasi untuk memperkasakan pendidikan dan kedudukan sosio-ekonomi belia India di sekitar kawasan Maccalum.

Beliau amat aktif dalam melibatkan diri secara sukarelawan dalam aktiviti-aktiviti Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Taman Brown untuk perancangan dan pelaksanaan program di kampung di samping menggerakkan penglibatan komuniti setempat.

Teks Ucapan