
Mohamad Nor Syazwan Bin Zawawi
N11 Permatang Pasir
Beliau seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang sains kemasyarakatan. Beliau juga seorang alumni Kolej Matrikulasi Pulau Pinang dalam bidang Sains Komputer.
Di peringkat pendidikan tinggi, beliau aktif dalam pelbagai persatuan termasuk sebagai Ketua Penerangan dalam NGO Angkatan Belia Malaysia Future Leader School (MFLS) Cawangan Pulau Pinang, Exco Biro Sukan dan Rekreasi untuk Majlis Penghuni Desasiswa Restu (MPDR), dan Exco Keusahawanan dan Penajaan dalam Gabungan Anak Pulau Pinang (GAPP) di USM.
Menariknya, beliau juga telah banyak berkolaborasi dalam banyak program bersama PYDC.