Ong Yee Min
N32 Seri Delima
Ahli Sidang Muda 2023

Beliau pernah melanjutkan pelajaran beliau ke Manipal, India, sebagai seorang penerima biasiswa JPA dan telah pulang ke tanah air untuk berkhidmat dalam sektor perubatan.

Sepanjang tempoh pengajian di perantauan, beliau aktif bergiat dalam pelbagai aktiviti kesenian dan kebudayaan termasuk sebagai ketua pasukan dan juara dalam pertandingan “Cultural Parade” di samping menjadi seorang “duta kecil” dengan mempamerkan keistimewaan budaya Malaysia di luar negara.

Di tanah air, beliau berkhidmat sebagai seorang petugas barisan hadapan sewaktu pandemik COVID-19 dan terlibat dalam lawatan kesukarelawanan di rumah orang tua. Beliau percaya suara muda amat penting untuk menyuntik semangat baharu dan sihat dalam arena politik.

Teks Ucapan