Sharran A/L Loganadzan
N16 Perai
Beliau merupakan guru muda di SJKT Pasir Gudang yang telah tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian Kelas Pertama Pengkhususan Sejarah di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Darulaman (IPGKDA).
Beliau merupakan seorang pendebat bahasa Melayu tersohor di negara. Beliau pernah berkhidmat sebagai Felo Pemikir dan Felo Penyelidik bersama ASEAN Foundation, IYRES Malaysia dan Penang Institute untuk beberapa kajian dasar berimpak tinggi. Kini, beliau bergiat aktif dalam aktiviti keilmuan, sukarela, kemasyarakatan, dan program pengantarabangsaan (UNSDG).
Sumbangan dan penglibatan beliau juga diiktiraf sehingga dinobatkan sebagai Naib Johan, Anugerah Perdana Belia Negara (Lelaki) peringkat Pulau Pinang 2022 dan Pemegang Emas untuk anugerah The Duke of Edinburg`s International Award.
Anak jati Pulau Pinang ini menjadi inspirasi belia Malaysia hatta sering diundang sebagai panel penceramah di universiti, sekolah (kem kepimpinan) dan sebagai panel juri pertandingan debat.