
Ahmad Mujahid Bin Muhamad Zaki
N15 Machang Bubuk
Ahli Sidang Muda 2024
Beliau adalah pelajar tahun akhir di Universiti Utara Malaysia dalam bidang Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat. Pengalaman beliau dalam pertubuhan adalah lebih kurang lima tahun bersama dengan Persatuan Pembimbing Belia Islam Pulau Mutiara, yang merupakan Badan Gabungan Negeri kepada Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).
Kini, beliau memegang jawatan sebagai Presiden bagi Kolej Kediaman TM di UUM yang bertanggungjawab dalam memimpin dan menguruskan aktiviti-aktiviti kolej kediaman serta mewakili kolej dalam pertemuan dengan pihak pengurusan universiti.