Choo Xuan Ping
N40 Teluk Bahang
Ahli Sidang Muda 2024
Beliau adalah pelajar Sains Politik tahun terakhir di Universiti Sains Malaysia (USM) dan berpeluang untuk menjalankan latihan industri di pejabat PETACE, Penang State EXCO Office for Tourism and Creative Economy.
Selain itu, beliau juga aktif dalam komuniti termasuk sebagai Ahli Jawatankuasa Komuniti Madani Paya Terubong tahun 2024, Ahli Dewan Parlimen Mahasiswa USM, memegang jawatan Yang di-Pertua Persatuan Bahasa Tionghua (PBT) USM, Naib Yang di-Pertua Kelab Sains Politik USM, dan pengarah projek untuk Malaysia Book of Records, Kaligrafi Tionghua Terpanjang Malaysia.