
Law Jia-Jie
N30 Sungai Pinang
Ahli Sidang Muda 2024
Beliau merupakan seorang pelajar lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Berperanan sebagai seorang Ketua Tingkatan di sekolah dan juga seorang penolong setiausaha dalam Kelab Bola Keranjang.
Beliau pernah menjadi Timbalan Pengerusi dalam Kelab Fotografi semasa Tingkatan 5 dan seorang ahli pasukan sekolah dalam acara bola keranjang, bola tampar, bola sepak dan Wushu.
Seorang yang meminati politik, dan bergiat aktif dalam kempen-kempen parti politik. Beliau juga pernah menjadi seorang pelatih di ibu pejabat salah sebuah parti politik Pulau Pinang, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tanjong dan Pusat Khidmat ADUN Sungai Pinang. Kini beliau merupakan salah satu Ahli Jawatankuasa JBPP Sungai Pinang.