Mohd Shamim Bin M Nordin
N01 Penaga
Ahli Sidang Muda 2024
Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda, Sains Pembangunan Manusia, Universiti Putra Malaysia dan juga Diploma Sains Kesetiausahaan, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.
Seorang calon Ahli Parlimen Belia Peringkat Negeri Perlis 2023 serta turut tersenarai sebagai Calon Anugerah Belia Perdana Negeri Perlis (KBS Perlis) pada tahun 2023.
Dalam aspek sukan, beliau mewakili Politeknik Malaysia dalam sukan Futsal di peringkat Liga IPT pada tahun 2015-2016 serta turut dilantik sebagai Ketua Platun 1 Batalion Cobra Rejimen Askar Wataniah (RAW 504) Kem Bukit Keteri, Perlis.