
Muhamad Noraiman Syafiq Bin Abdul Halim
N07 Sungai Puyu
Ahli Sidang Muda 2024
Beliau mempunyai kerjaya profesional dalam bidang pemasaran digital. Mempunyai taraf pendidikan Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian) dalam bidang Sains Politik.
Pernah memegang jawatan sebagai seorang penerbit rancangan dalam bahagian berita di Jabatan Penyiaran Negeri Pulau Pinang. Beliau bergiat aktif dalam pelbagai pertubuhan, kelab, persatuan dan NGO berkaitan golongan belia.
Selain itu beliau juga berkecimpung dalam arena politik. Beliau telah dipilih untuk mewakili Malaysia dalam program kepimpinan belia di peringkat antarabangsa yang dikenali sebagai Malaysia-Iran Winter Camp 2024 di University of Isfahan dan di Islamic Azad University of Isfahan (Khorasgan), Iran.