
Muhammad Hifzhan Faris Bin Azman
N25 Pulau Tikus
Ahli Sidang Muda 2024
Seorang guru pelatih, pelajar tahun akhir pengajian Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman.
Semasa di menara gading, beliau banyak terlibat dalam aktiviti-aktiviti pembangunan pendidikan, sukan dan isu perubahan iklim seperti program Kolej MARA Seremban Action Summit 2022, Debat Pendidikan 2021 dan UTP 7's Rugby Competition.
Selain itu, beliau bersama guru pelatih di IPG dan pelajar major Sejarah IPG pernah mengaturkan lawatan ke Parlimen Malaysia pada tahun 2023 serta turut mengadakan sesi dialog mengenai Sistem Pentadbiran Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen bersama dengan Penyimpan Mohor Besar Diraja iaitu Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad di Kuala Lumpur.