Muhammad Wafaaei Bin Mohd Zahir
N19 Jawi
Ahli Sidang Muda 2024

Beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam jurusan Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah. Mempunyai minat mendalam tentang pelan-pelan pembangunan kawasan-kawasan bandar, wilayah atau kawasan luar bandar.

Beliau merupakan AJK Gerakan Belia 4B Negeri Pulau Pinang dan pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar Pulau Pinang di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai, Johor.

Kini, beliau memegang jawatan AJK di dalam Urban Planning Association serta mendapat lantikan sebagai Felo kepada Kampus Sejahtera.

Teks Ucapan