Nyiew Yan Zhang
N29 Dato Keramat
Ahli Sidang Muda 2024

Beliau merupakan seorang anak Pulau Pinang yang sedang menjalani program asasi, semester akhir di Universiti Utara Malaysia (UUM). Beliau merancang untuk meneruskan pengajian dalam Program Ijazah Sarjana Muda Undang-undang selepas menamatkan program asasi.

Beliau adalah pelajar cemerlang Peperiksaan SPM yang telah berjaya mendapat 10A (7A+). Selain itu, beliau juga aktif dalam bidang kokurikulum dengan menyandang pelbagai jawatan seperti Pengerusi Kor Kadet Polis dan Setiausaha Kelab Sejarah.

Baru-baru ini, beliau telah menerima Anugerah Khas Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Pingat Emas dalam kategori Sains Sosial dalam Pertandingan Inovasi Inter-Asasi Malaysia 2024 (PIITRAM 2024).

Teks Ucapan