Permohonan Ahli Sidang Muda 2024

 

Sidang Muda merupakan program tahunan anjuran Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) sejak tahun 2015. Program ini merupakan satu siri latihan dan bengkel pendidikan demokrasi yang bertujuan untuk menekankan nilai kesedaran sivik, demokrasi dan kewarganegaraan dalam kalangan belia.

Objektif
– Mendedahkan belia tentang perjalanan Dewan Undangan Negeri;
– Meningkatkan penyertaan belia dalam proses pembuatan keputusan dari pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang;
– Mendapatkan persepsi belia mengenai Pulau Pinang dan negara dari aspek politik, sosial dan ekonomi;
– Mengenal pasti nilai kepimpinan dalam kalangan belia Pulau Pinang.
Syarat Permohonan
– Warganegara Malaysia
– Berasal / Bermastautin / Bekerja / Belajar di Pulau Pinang
– Had umur 18 hingga 35 tahun
– Fasih berbahasa Melayu
– Tidak pernah menyertai Sidang Muda Pulau Pinang
Tarikh Penting
22 Mac 2024 | Pembukaan Pemohonan Ahli Sidang Muda 2024
5 Apr 2024 | Penutupan Permohonan Ahli Sidang Muda 2024
15 Apr 2024 | Pengumuman Ahli Sidang Muda 2024
18 Apr 2024 | Taklimat Persidangan Sidang Muda 2024 (Secara Maya)
27 & 28 Apr / 4 & 5 Mei 2024 | Turun Padang Bersama ADUN*
19 Mei 2024 | Lawatan ke Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang & Taklimat Prokotol
01 Jun 2024 | Persidangan Sidang Muda 2024
*Perlu hadir 1 sesi sahaja
**Digalakkan untuk hadir semua sesi
***Jadual adalah tertakluk kepada perubahan
Permohonan akan dibuka sehingga 5 April 2024, 11:59pm.
Permilihan adalah berdasarkan penilaian pihak penganjur.
—–
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Lim Yi Zhe (Penyelaras Sidang Muda 2024) | +6016-402 6505 | yizhe@pydc.com.my
Nur Shafinaz (Penyelaras Sidang Muda 2024) | +6013 541 0973 | shafinaz@pydc.com.my

Date

Mar 22 2024 - Apr 05 2024
Expired!

Time

All Day

More Info

Read More
Category
Read More
Go to Top