Demokrasi Radikal dalam Demokrat Muda
BAGAIMANA untuk kita menentukan sikap dalam suasana politik Malaysia yang berubah dengan dramatik kini? Apakah justifikasi untuk membenarkan tindakan bersekutu dengan tokoh dan kumpulan yang sebelum ini dikatakan sebagai musuh politik tradisi? Mengapa timbulnya istilah politik matang? Bagaimana mengukur kematangan berpolitik? Semua soalan di atas adalah antara persoalan penting yang dibincang dan diterokai secara bersama oleh para peserta Bengkel Demokrat Muda anjuran Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC).






