Sidang Muda kembali lagi, jom sertai
Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui MMK Belia, Sukan dan Kesihatan dan Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) mempelawa semua belia yang bersemangat dan berhasrat untuk membuat perubahan positif dalam komuniti menyertai Sidang Muda. EXCO Belia, Sukan dan Kesihatan, Daniel Gooi Zi Sen berkata, matlamat utama penganjuran program ini adalah untuk melahirkan generasi muda yang celik politik dan sedar akan tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia.