USUL INI MENCADANGKAN AGAR KERAJAAN NEGERI MEMBEKALKAN BANTUAN KEMUDAHAN UNTUK PROSES PEMBELAJARAN, SEKALIGUS MENAMBAH BAIK INFRASTRUKTUR PENDIDIKAN UNTUK PELAJAR SEKOLAH DI PULAU PINANG
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua Dewan dan ahli-ahli yang berhormat, yang saya hormati sekalian, kita faham sejak wabak COVID-19 melanda negara kita, hampir beberapa sektor termasuk sektor pendidikan terpaksa ditutup di seluruh negara, ini kerana untuk mengurangkan rakyat dan anak-anak keluar serta sentiasa melindung diri di rumah agar terlepas daripada terkena jangkitan wabak berbahaya ini